Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 26/10/2018

268

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD pada dagangan semalam dilihat mendatar sejak awal sesi pasaran Asia bermula dan harga cuba membuat sedikit kenaikan menguji paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam. Kemudiannya, harga kembali menjunam pada sesi pasaran New York dengan USD yang mengukuh menekan harga sehingga melepasi paras support MagicS1 dan hampir menuju ke paras support MagicS2 sebelum harga mula bergerak perlahan pada lewat sesi. Berkenaan perkembangan Brexit, Perdana Menteri Theresa May dilihat masih belum bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan dan dengan itu memberi amaran kepada bank-bank di Britain untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Pergerakan yang mendatar sebelumnya telah bersambung sehingga ke sesi pasaran Asia hari ini di mana harga masih bergerak di sekitar paras 1.28150 lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.2841. Dengan matawang Sterling yang terus dilanda ketidaktentuan Brexit, berkemungkinan pasaran akan terus menjangkakan harga akan cuba meneruskan lagi penurunan dan paras support terdekat yang dilihat akan dituju harga adalah pada 1.2765 (MagicS1). Kemudiannya, harga dilihat akan terus turun menuju pula ke paras 1.2718 (MagicS2) untuk membuat paras lower low yang baru. Dan sekiranya harga masih mengekalkan penurunan yang dibuat, harga boleh mencecah sehingga ke paras support 1.2642 (MagicS3).

Sebaliknya, jika rundingan Brexit kembali positif untuk menyokong semula pengukuhan Sterling ataupun berlaku aktiviti pengambilan keuntungan pada kebiasaan penghujung minggu dagangan, harga dilihat akan cuba melonjak semula lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.2841 dan menuju ke paras resistance 1.2888 (MagicR1). Seterusnya, harga dilihat akan cuba untuk menembusi paras SBR (support become resistance) pada 1.29300 untuk menuju ke paras resistance seterusnya yang berada pada paras 1.2964 (MagicR2). Dan sekiranya harga masih meneruskan kenaikan, harga bakal menguji paras resistance pada 1.3011 (MagicR3) yang dilihat berada pada paras SBR yang lebih tinggi.

Sentiasa beri tumpuan kepada isu rundingan Brexit dan juga krisis bajet Itali yang mempengaruhi perubahan nilai matawang Sterling dan juga pergerakan harga pada chart GBP/USD. Kawal posisi dagangan anda sebaik mungkin dengan meneliti paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart GBP/USD dengan bantuan indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.2765, 1.2718, 1.2642.

Paras resistance: 1.2888, 1.2964, 1.3011.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat