Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 26/12/2018

186

Matawang GBP berjaya melonjakkan sedikit nilainya berbanding USD pada dagangan Isnin berikutan matawang USD terus didagangkan berisiko terkesan daripada konflik yang berlaku di antara White House dan Federal Reserve. Dengan itu dapat dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD telah menunjukkan kenaikan dan berjaya breakout zon SBR (support become resistance) 1.26900 yang gagal ditembusi setelah diuji beberapa kali sejak dagangan minggu lalu. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line pula, harga telah membuat kenaikan dari paras Magic Pivot dan naik melepasi paras resistance MagicR1 yang berada pada zon SBR sebelum mencapai paras ketinggian dagangan harian pada paras resistance MagicR2.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat memulakan dagangan pada zon SBR dan membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 1.2693 menuju ke paras resistance 1.2754 (MagicR1). Jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi dari paras resistance tersebut dan mengatasi paras ketinggian yang dicapai pada Isnin, harga dijangka meneruskan kenaikan ke paras resistance seterusnya sekitar 1.2799 (MagicR2). Kemudian, harga yang terus mengekalkan momentum kenaikan bakal menguji paras resistance untuk bulan Disember sekitar 1.28300 sebelum mencapai paras ketinggian yang baru di sekitar 1.2860 (MagicR3).

Namun, jika harga kembali membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot dan zon SBR, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada support 1.2648 (MagicS1). Seterusnya, harga bakal menyambung lagi penurunannya menuju pula ke paras sekitar 1.2587 (MagicS2) sebelum penurunan lebih rendah lagi akan menguji paras support yang berada di paras 1.2542 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan Brexit menjelang perkembangan penting pada Januari tahun hadapan. Lihat paras-paras penting pada chart GBP/USD dengan membandingkan paras harga yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.2648, 1.2587, 1.2542.

Paras resistance:  1.2754, 1.2799, 1.2860.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat