Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 26/9/2018

342

Pada dagangan semalam, pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/USD kembali membuat kenaikan setelah kejatuhan harga sehingga 200 pips pada penghujung minggu lalu. Ini berikutan kenyataan daripada Setiausaha British Brexit, Dominic Raab yang berpendapat Britain akan mencapai perjanjian Brexit. Tambahan, komen daripada ahli BOE, Vlieghe berkenaan dasar monetari dan Brexit yang positif dalam ucapannya semalam mengukuhkan semula nilai matawang GBP. Dengan itu, harga dilihat telah melonjak dari paras Magic Pivot semalam sehingga melepasi paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga berada atas dari paras Magic Pivot 1.3156 dan masih didagangkan perlahan berikutan pasaran menantikan pengumuman kenaikan kadar faedah FOMC awal pagi nanti. Secara teknikal, jika USD melemah, jangkaan harga akan melonjak naik ke paras resistance 1.3219 (MagicR1) dahulu sebelum menuju ke paras resistance seterusnya pada 1.3256 (MagicR2). Jika harga masih meneruskan kenaikan, jangkaan harga akan membuat Higher High yang baru melepasi paras ketinggian yang dicapai pada Rabu lalu berkemungkinan ke paras resistance 1.3319 (MagicR3) atau lebih tinggi.

Namun, jika USD mengukuh awal pagi nanti, pergerakan harga bakal melihatkan penurunan melepasi paras support 1.3119 (MagicS1) sebelum menguji paras RBS (resistance become support) 1.30700 yang juga berdekatan dengan paras resistance 1.3056 (MagicS2) pada indicator Moshed Magic Line. Dan seterusnya, jika harga terus ditekan lebih rendah, harga dijangka akan turun ke paras support 1.3019 (MagicS3) atau cuba menguji paras RBS 1.29800 yang berada pada paras yang lebih rendah.

Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit di mana buat masa sekarang yang dilihat kembali positif. Adakah bakal ada konflik lagi oleh PM May selepas ini? Trade dengan selamat dan gunakan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan dalam analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.3119, 1.3056, 1.3019.

Paras resistance: 1.3219, 1.3256, 1.3319.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat