Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 28/1/2019

230

Matawang Sterling pada dagangan minggu lalu menunjukkan kenaikan secara konsisten berbanding dollar USD di mana telah mencatatkan kenaikan mingguan terbesar untuk tahun ini. Pelabur optimis melihat Britain mampu menghindari situasi Brexit tanpa perjanjian di mana laporan akhbar menyatakan parti yang terdiri daripada kerajaan Konservatif minoriti akan memberi sokongan terhadap pelan perjanjian Theresa May dalam undian awal minggu ini. Pergerakan harga pada chart GBP/USD pada dagangan Jumaat terus mencatatkan kenaikan tertinggi mingguan di mana harga telah membuat kenaikan dari paras Magic Pivot sehingga melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line seterusnya mencapai paras ketinggian semasa terbaru.

Pada permulaan dagangan minggu ini, pergerakan harga pada sesi pasaran Asia dilihat perlahan di sekitar paras 1.3200 sehingga menjelang ke sesi pasaran Eropah. Jika harga gagal bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3157 hari ini, harga berkemungkinan akan meneruskan momentum kenaikan sejak dagangan minggu lalu menuju ke paras resistance terdekat pada 1.3257 (MagicR1). Setelah berjaya melepasi kenaikan pada paras ketinggian yang dicapai pada dagangan Oktober tahun lalu itu, harga kemudiannya akan meneruskan lagi kenaikan menuju pula ke paras resistance 1.3318 (MagicR2). Dan jika Sterling terus mengekalkan dagangan positifnya, harga berpotensi mencecah sehingga ke paras ketinggian sekitar 1.3418 (MagicR3).

Namun, jika dagangan minggu ini tidak berpihak kepada Sterling berkemungkinan USD kembali mengukuh semula, harga bakal ditekan semula lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini sebelum menuju ke paras sekitar support terdekat pada 1.3096 (MagicS1). Penurunan harga seterusnya dilihat akan menguji pula zon RBS (resistance become support) di sekitar paras harga 1.3000. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, paras support lebih rendah yang berada pada paras 1.2935 (MagicS3) dilihat bakal menjadi destinasi tumpuan harga seterusnya.

Terus pantau perkembangan Brexit yang masih menyokong pengukuhan Sterling dalam pasaran semasa. Menjelang mesyuarat FOMC dan laporan data pekerjaan NFP pada penghujung minggu ini, anda disyorkan untuk menggunakan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan pada analisis teknikal anda bagi membantu anda mengawal risiko dalam dagangan khususnya posisi pada dagangan GBP/USD.

 

Paras support: 1.3096, 1.2996, 1.2935.

Paras resistance:  1.3257, 1.3318, 1.3418.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat