Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 28/11/2018

281

Tahap kebimbangan pelabur terhadap rundingan Brexit kembali meningkat dengan jangkaan umum berkemungkinan pelan Brexit Theresa May tidak mendapat kelulusan Parlimen. Presiden Donald Trump turut menambah kegelisahan pada isu tersebut dengan kenyataannya bahawa pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah bakal menjejaskan hubungan perdagangan antara Britain dan Amerika Syarikat pada masa akan datang. Oleh itu, jika dilihat pada pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD untuk sesi dagangan semalam, harga menunjukkan penurunan ditambah lagi dengan faktor matawang dollar USD yang meneruskan pengukuhan nilainya. Harga yang dilihat menyentuh paras Magic Pivot semalam kemudiannya telah membuat penurunan melepasi paras support MagicS1 dan support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line dan berlegar di zon support semasa pada chart GBP/USD sekitar 1.27200.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga masih didagangkan perlahan di sekitar paras terendah penurunan harga semalam dan berada sedikit rendah dari paras Magic Pivot 1.2761 hari ini. Jika harga gagal membuat lonjakan semula, jangkaan harga akan terus menyambung penurunan menuju ke paras support terhampir iaitu pada 1.2704 (MagicS1). Seterusnya, penurunan harga akan terus mencari paras terendah yang baru berkemungkinan menuju ke paras 1.2667 (MagicS2) dan kemudiannya ke paras lebih rendah sekitar 1.2610 (MagicS3) jika harga masih berjaya mengekalkan momentum penurunannya.

Namun, jika harga kembali membuat lonjakan berkemungkinan rundingan Brexit kembali memberi isyarat yang positif dalam perkembangan semasanya, harga bakal bergerak naik melepasi paras Magic Pivot dan menuju ke paras resistance 1.2799 (MagicR1). Kenaikan harga seterusnya dilihat akan menguji pula paras resistance 1.2855 (MagicR2) yang diuji harga sebelum ini pada dagangan Isnin. Dan sekiranya harga masih meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, harga akan menguji kembali paras ketinggian lonjakan harga yang dilakukan penghujung minggu lalu di sekitar paras 1.2893 (MagicR3).

Terus mengikuti perkembangan rundingan Brexit yang masih menjadi persoalan dalam pasaran. Lihat juga data-data ekonomi semasa yang mempengaruhi pergerakan harga pada chart GBP/USD. Gunakan indicator Moshed Magic Line bagi membantu anda menentukan paras terbaik untuk posisi dagangan anda pada chart GBP/USD.

 

Paras support: 1.2704, 1.2667, 1.2610.

Paras resistance:  1.2799, 1.2855, 1.2893.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat