Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 29/11/2018

220

Matawang GBP menunjukkan tanda-tanda pengukuhan pada nilainya setelah Canselor Phillip Hammond menyatakan sokongannya terhadap pelan Brexit Theresa May. Beliau mengulas pelan tersebut memberi manfaat terhadap Kesatuan Eropah dari segi kos dan juga kepentingan politik dan menambah lagi berkenaan ekonomi Britain akan terus berkembang sementara kesan negatif terhadap perjanjian May itu adalah sangat minima. Namun, pasaran kembali memberi reaksi terhadap kenyataan John McDonnell yang bernada pasif dan menjangkakan pelan Brexit May akan ditolak oleh Parlimen. Jika diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD pada dagangan semalam, harga telah berjaya membuat kenaikan sehingga ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line, namun kembali membuat penurunan semula ke paras Magic Pivot. Setelah itu, kejatuhan nilai matawang USD yang ketara pada sesi pasaran New York kembali membantu harga melonjak semula hingga hampir menyentuh paras resistance MagicR2.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga bergerak perlahan pada permulaan sesi namun dilihat cuba untuk membuat kenaikan menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Harga yang meneruskan kenaikan semalam dilihat akan naik melepasi paras resistance 1.2867 (MagicR1) yang berada berhampiran dan kemudiannya menguji pula paras ketinggian harga pada lonjakan minggu lalu di sekitar paras 1.2914 (MagicR2). Jika harga berjaya melepasi paras tersebut, jangkaan kenaikan harga seterusnya bakal menuju pula ke paras resistance 1.2981 (MagicR3).

Namun, jika USD kembali didagangkan mengukuh semula dan berjaya memberi tekanan kepada Sterling, harga dilihat akan membuat penurunan semula melepasi paras Magic Pivot 1.2799 hari ini. Penurunan harga kemudiannya bersambung menuju pula ke paras support yang berada lebih rendah di sekitar paras 1.2685 (MagicS2) untuk harga mencatatkan paras terendah yang baru pada chart GBP/USD. Dan sedikit lagi penurunan yang berjaya diteruskan akan melihatkan harga mencecah ke paras resistance pada 1.2639 (MagicS3).

Terus pantau perkembangan rundingan Brexit dan juga ulasan terhadap proses pengetatan polisi oleh FED yang terus memberi kesan terhadap pergerakan harga dalam pasaran semasa. Kawal dagangan anda dengan menentukan paras support dan resistance yang terbaik pada chart dengan berpandukan indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.2753, 1.2685, 1.2639.

Paras resistance:  1.2867, 1.2914, 1.2981.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat