Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 3/10/2018

343

Permulaan yang perlahan pada awal sesi pasaran Asia semalam dilihat pada pergerakan harga bagi chart GBP/USD sebelum harga membuat terjunan sehingga melepasi zon major support di 1.3000 dan mencapai paras terendah semalam di 1.29400 pada sesi pasaran Eropah. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga telah turun melepasi dua paras support iaitu MagicS1 dan MagicS2 sebelum kembali semula menuju ke paras 1.3000 pada sesi pasaran New York semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan perlahan dan berada di bawah paras Magic Pivot 1.2987 pada awal sesi bermula. Kemudian harga sedikit membuat kenaikan dan melepasi paras Magic Pivot tersebut dan sedang menguji paras SBR (support become resistance) 1.3000 yang berjaya ditembusi harga semalam. Jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi paras SBR tersebut, harga berkemungkinan akan menuju ke paras resistance 1.3036 (MagicR1) terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan untuk menguji pula paras SBR 1.30700. Seterusnya, jika harga masih mampu membuat lonjakan dan melepasi paras SBR tersebut, jangkaan harga berpotensi untuk mencapai paras resistance 1.3096 (MagicR2) atau lebih tinggi iaitu di paras 1.3144 (MagicR3).

Namun, jika harga kembali menyambung penurunan yang dibuat semalam, harga dilihat akan turun melepasi paras support 1.2927 (MagicS1) sebelum menguji paras major support pada 1.29000. Jika paras support 1.29000 berjaya ditembusi harga, paras yang dilihat berkemungkinan akan dicecah harga adalah pada paras support 1.2879 (MagicS2) atau ke paras support yang lebih rendah berada di 1.2819 (MagicS3).

Ikuti perkembangan rundingan Brexit dan kenyataan dari Perdana Menteri UK, Theresa May yang banyak memberi kesan terhadap pergerakan chart GBP/USD ini. Tentukan paras support dan resistance terbaik pada trading chart anda dengan menggunakan sebagai panduan.

 

Paras support: 1.2927, 1.2879, 1.2819.

Paras resistance: 1.3036, 1.3096, 1.3144.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat