Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 30/1/2019

238

Sterling dijangka akan kembali didagangkan berisiko dalam masa terdekat ini setelah undian Parlimen Britain terhadap rancangan “Pelan B” Theresa May ditolak pada awal pagi tadi. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD telah menunjukkan penurunan 140 pips dari paras tertinggi pada resistance MagicR1 sehingga hampir mencecah paras support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Jika mesyuarat FOMC dan laporan data pekerjaan NFP di Amerika Syarikat memberikan keputusan yang positif, USD akan mengambil kesempatan ini untuk kembali menekan harga pada chart GBP/USD semula.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan namun menunjukkan sedikit kenaikan menuju ke paras Magic Pivot 1.3107 hari ini. Jika harga gagal membuat kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut, harga dijangka akan terus menyambung penurunan menuju ke paras support 1.3014 (MagicS1) yang berada pada zon RBS (resistance become support). Seterusnya, harga yang berjaya breakout zon RBS tersebut bakal meneruskan penurunan melepasi paras support 1.2963 (MagicS2) sebelum turun lebih rendah sehingga berpotensi mencecah ke paras sekitar 1.2870 (MagicS3).

Namun, jika harga kembali membuat lonjakan semula dan bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, harga perlu menguji dahulu zon tumpuan harga iaitu pada resistance 1.3158 (MagicR1). Kemudiannya, harga bakal meneruskan kenaikan untuk mengatasi paras tertinggi tahun ini pada chart GBP/USD menuju ke paras resistance 1.3251 (MagicR2). Jika harga naik melepasi paras tersebut, pencarian paras ketinggian terbaru harga akan diteruskan lagi dan menuju pula ke paras sekitar 1.3302 (MagicR3).

Terus pantau perkembangan Brexit yang masih berbaki dua bulan sebelum Britain bakal berundur dari Kesatuan Eropah dan dalam jangka masa tersebut akan terus menyebabkan ketidakstabilan pada dagangan GBP. Tentukan paras terbaik untuk posisi dagangan pada chart GBP/USD anda dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line dan memudahkan analisis teknikal harian anda juga.

 

Paras support: 1.3014, 1.2963, 1.2870.

Paras resistance:  1.3158, 1.3251, 1.3302.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat