Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 31/1/2019

192

Matawang Pound Sterling didagangkan sedikit pulih pada dagangan Rabu setelah mengalami kejatuhan nilai sebelum ini ekoran penolakan Parlimen Britain terhadap pindaan pelan Brexit Theresa May. Namun, pasaran masih melihat dagangan Sterling adalah berisiko dan kenaikan nilai harga pada chart pasangan matawang GBP/USD adalah didorong oleh kejatuhan nilai matawang USD selepas bank pusat mengekalkan kadar faedah di paras sedia ada. Harga hanya turun sekitar paras 1.30600 semalam sebelum membuat kenaikan semula melepasi paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat bergerak di atas paras Magic Pivot 1.3105 dan cuba menyambung kenaikan menuju ke paras resistance 1.3156 (MagicR1). Jika kenaikan harga berjaya diteruskan dan mengatasi paras resistance tersebut, jangkaan harga akan menguji pula paras resistance pada 1.3197 (MagicR2) yang diuji pada dagangan Selasa. Sekiranya harga berjaya kekalkan momentum kenaikan, harga bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru tahun ini pada chart GBP/USD ke paras sekitar 1.3247 (MagicR3) sekaligus mengatasi paras ketinggian semasa yang dicapai pada dagangan minggu lalu.

Sebaliknya, jika dagangan Sterling jatuh lebih rendah berbanding USD, harga bakal bergerak turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3105 hari ini dan dilihat akan menguji semula paras terendah dagangan semalam di paras support 1.3064 (MagicS1). Seterusnya, harga bakal meneruskan lagi penurunan dan menuju pula ke zon RBS (resistance become support) dan menguji paras 1.3013 (MagicS2). Harga yang terus ditekan ke paras lebih rendah akan melihatkan dagangan harga pada GBP/USD menyentuh paras support di paras 1.2972 (MagicS3).

Beri tumpuan pada bacaan data-data ekonomi di zon Eropah pada hari ini dan juga esok yang akan memberikan bayangan terhadap pertumbuhan ekonomi semasa secara keseluruhan. Kawal juga dagangan anda menjelang laporan pekerjaan NFP pada malam esok. Tentukan paras support dan resistance yang terbaik pada chart GBP/USD anda berpandukan indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.3064, 1.3013, 1.2972.

Paras resistance:  1.3156, 1.3197, 1.3247.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat