Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 31/12/2018

285

Perkembangan Brexit yang semakin perlahan bakal menjadi tumpuan pasaran semula menjelang dagangan pada tahun baru 2019. Sementara itu, matawang GBP dijangka akan terus didagangkan berisiko sehingga perkembangan Brexit memberikan keputusan yang jelas. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD pada dagangan Jumaat lalu menunjukkan harga membuat kenaikan dari paras Magic Pivot sehingga ke paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia permulaan minggu ini pula, harga dilihat bergerak perlahan di atas paras Magic Pivot 1.2679 hari ini sehingga ke penghujung sesi. Jika harga gagal lepasi penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot tersebut, harga berkemungkinan membuat kenaikan semula menuju ke paras resistance terdekat sekitar 1.2724 (MagicR1). Seterusnya, harga yang meneruskan kenaikan akan ke paras resistance 1.2753 (MagicR2) pula untuk mengatasi paras ketinggian pada dagangan Isnin minggu yang lalu. Lonjakan lebih tinggi harga dari paras tersebut akan mencatatkan paras ketinggian semasa yang baru pada chart GBP/USD berkemungkinan ke paras sekitar 1.2798 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga bergerak turun lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, paras awal yang dijangka akan dituju harga adalah pada support 1.2650 (MagicS1). Kemudian, harga akan meneruskan lagi penurunannya dan cuba untuk melepasi paras terendah dagangan minggu lalu menuju ke paras support 1.2605 (MagicS2). Seterusnya, sedikit lagi penurunan lebih rendah bakal melihatkan harga mencecah paras 1.2576 (MagicS3) bagi mencatatkan paras terendah semasa yang baru pada chart GBP/USD.

Ikuti perkembangan Brexit untuk bulan Januari pula dan dinasihatkan supaya anda mengawal risiko dagangan menjelang laporan data pekerjaan NFP di AS pada minggu ini yang bakal membuatkan pergerakan harga dalam pasaran sukar dijangka. Bandingkan paras-paras tumpuan harga pada GBP/USD dengan paras yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk memudahkan lagi analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.2650, 1.2605, 1.2576.

Paras resistance:  1.2724, 1.2753, 1.2798.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat