Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 4/12/2018

260

Matawang GBP adalah antara matawang yang terkesan dengan pengukuhan nilai dollar USD pada dagangan semalam. Walaupun laporan data pembuatan PMI di Britain menunjukkan bacaan yang lebih baik dari jangkaan pasaran, namun masih tidak mampu membantu GBP untuk menyerap tekanan daripada pengukuhan USD. Dengan ketidaktentuan dalam isu Brexit, Sterling dijangka akan terus didagangkan berisiko jika tiada sebarang perkembangan positif daripada isu tersebut. Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD pada dagangan Isnin, harga telah membuat kenaikan sejak awal sesi pasaran Asia bermula sehingga harga melepasi paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam, namun harga kembali membuat penurunan semula pada sesi dagangan Eropah melepasi Magic Pivot dan turun menguji paras support MagicS1 bersambung pada sesi New York sebelum menutup dagangan di paras sekitarnya.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak agak perlahan namun cuba membuat sedikit kenaikan menuju ke paras Magic Pivot 1.2742 dan menguji paras tersebut buat seketika. Harga yang gagal melepasi paras Magic Pivot tersebut dijangka akan menyambung penurunan semalam dan bakal menguji zon major support di sekitar paras 1.2671 (MagicS1). Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal mencari paras terendah yang baru pada chart GBP/USD dan berkemungkinan akan menuju ke paras 1.2621 (MagicS2). Sekiranya harga masih mengekalkan momentum penurunannya, paras support 1.2545 (MagicS3) dilihat berpotensi menjadi destinasi tumpuan harga yang seterusnya.

Namun, jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.2747, harga berkemungkinan menuju ke paras resistance 1.2797 (MagicR1) untuk menguji paras ketinggian harga semalam. Kenaikan harga melepasi paras tersebut dijangka akan ke paras resistance seterusnya yang berada lebih tinggi iaitu pada 1.2873 (MagicR2) sebelum sedikit lagi kenaikan yang diteruskan akan menguji zon SBR (support become resistance) pada chart GBP/USD di sekitar paras 1.2923 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan pada rundingan Brexit dan juga sentimen ekonomi di zon Eropah serta Amerika Syarikat yang mana akan terus mempengaruhi pergerakan harga pada chart GBP/USD ini. Lihat paras support dan resistance yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line bagi membantu memudahkan analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.2671, 1.2621, 1.2545.

Paras resistance:  1.2797, 1.2873, 1.2923.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat