Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 4/9/2018

1,134

Matawang GBP menepati ramalan dengan terus didagangkan lemah semalam berbanding matawang utama yang lain. GBP semalam ditekan lagi dengan data pembuatan PMI di UK yang mencatatkan bacaan bulan Ogos menurun 52.8 daripada sebelumnya 53.8 serta ramalan 53.9, dan terburuk dalam 25 bulan.

Sebelum ini, isu Brexit yang kembali hangat disebabkan oleh Barnier yang menentang cadangan pihak UK terhadap rundingan tersebut telah memberi kesan terhadap kejatuhan nilai GBP. Justeru, pelabur masih melihat matawang GBP sebagai berisiko buat masa ini.

Matawang USD pula buat masa sekarang adalah matawang yang mempunyai kelebihan dengan momentum positif terus dikekalkan sejak minggu lalu. Pasaran akan memberi tumpuan terhadap isu tarif AS-China serta perkembangan NAFTA antara AS dan Kanada yang belum mendapat persetujuan pada Jumaat lalu. Dan tidak lupa juga, data yang ditunggu-tunggu setiap awal bulan iaitu laporan pekerjaan pada Jumaat ini yang dijangka positif bakal memberi impak besar dalam pergerakan dalam pasaran khususnya matawang USD.

Secara teknikal, pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/USD semalam dilihat menyambung penurunan yang dibuat pada penghujung minggu lalu.

Matawang GBP yang dilihat lemah membuatkan harga terus ditekan ekoran daripada nilai USD yang terus mengukuh dengan pasaran terarah kepada data pekerjaan dan purata pendapatan pada Jumaat ini yang dijangka positif.

Pergerakan harga dilihat perlahan sehingga sesi pasaran Asia dibuka hari ini berikutan cuti hari pekerja di AS dan Kanada. Namun, USD kembali mengukuh apabila sesi pasaran London dibuka dan dilihat harga terus ditekan lebih rendah dan dijangka akan menguji paras support 1.28000.

Jika harga berjaya menembusi (breakout) paras tersebut, paras support terdekat yang dilihat berpotensi dicapai adalah pada paras 1.27560. Sebaliknya, jika harga kembali membuat kenaikan, harga dilihat perlu menguji paras resistance 1.29300 dahulu dan jika paras tersebut berjaya ditembusi (breakout), paras resistance yang berkemungkinan dituju adalah pada 1.29950 dan seterusnya di resistance 1.30300.

Teliti pergerakan harga dengan mengikuti isu-isu dan berita ekonomi yang melibatkan matawang GBP dan USD bagi memantau chart GBP/USD ini.

Paras support: 1.28360, 1.28053, 1.27566.

Paras resistance: 1.29154, 1.29641, 1.29948.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat