Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 5/10/2018

263

Matawang GBP pada dagangan semalam dilihat kembali mendapat permintaan dalam pasaran semasa setelah rundingan Brexit dilihat semakin positif. Pada sesi pasaran Asia semalam, harga didagangkan di paras serendah 1.2920 sebelum harga membuat kenaikan pada sesi pasaran Eropah dan New York, melepasi paras Magic Pivot semalam dan juga paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat didagangkan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.2993 dan kemudiannya bergerak turun menuju ke paras Magic Pivot tersebut. Pada awal sesi pasaran Eropah, harga dilihat kembali membuat lonjakan dan harga bergerak menuju ke paras resistance 1.3066 (MagicR1) di mana harga semasa berada di paras 1.30520 setakat jam 2.47 petang. Jika Brexit terus positif dan menyokong kekuatan nilai GBP, jangkaan harga akan membuat kenaikan sehingga ke paras resistance 1.3114 (MagicR2) untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut. Dan jika harga berjaya breakout paras itu, harga dijangka akan menyambung kenaikan ke paras resistance 1.3187 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga kembali ditekan ke paras lebih rendah, harga dijangka akan turun semula melepasi paras Magic Pivot 1.2993 sebelum menuju ke paras support 1.2873 (MagicS2). Kemudiannya, harga berkemungkinan akan membuat penurunan ke paras support 1.2873 (MagicS2) selepas berjaya breakout paras 1.29000. Dan paras support seterusnya yang berpotensi dicecah harga jika harga meneruskan penurunannya adalah dilihat pada paras 1.2825 (MagicS3).

Rundingan Brexit dilihat semakin hampir mencapai kesepakatan di antara kedua-dua pihak. Terus ikuti perkembangan rundingan ini dalam memantau pergerakan harga pada chart GBP/USD. Gunakan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan untuk analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.2945, 1.2873, 1.2825.

Paras resistance: 1.3066, 1.3114, 1.3187.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat