Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 5/11/2018

304

Walaupun matawang USD didagangkan lemah pada penghujung minggu lalu, namun data pekerjaan NFP secara keseluruhannya mencatatkan angka yang positif kembali mengukuhkan semula nilai USD dalam pasaran semasa. Penganalisis pasaran menjangka USD bakal mendapat permintaan kembali berikutan jangkaan pengetatan dasar monetari polisi oleh Federal Reserve pada Disember ini dan juga dua lagi kenaikan pada pertengahan tahun 2019. Dalam perkembangan yang lain, rundingan Brexit dilihat kembali pulih dan dilaporkan kedua-dua pihak terlibat sedang berusaha untuk mencapai persetujuan perjanjian dalam masa terdekat. Namun begitu, akhbar Telegraph di UK menyatakan masih terdapat kekangan yang dilihat dalam proses rundingan tersebut. Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD sejak dagangan minggu lalu, harga telah membuat kenaikan sehingga 350 pips dari paras terendah pada 1.26900 Rabu lalu hingga paras tertinggi 1.30400 pada Jumaat. Kemudiannya, data pekerjaan NFP yang dikeluarkan berjaya menekan harga dari paras tertinggi sebelumnya sehingga 80 pips semula lebih rendah dan menutup harga sekitar paras 1.29700.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang didagangkan perlahan dilihat membuat sedikit penurunan dan menguji paras Magic Pivot 1.2985 hari ini. Jika harga gagal membuat penurunan ke paras lebih rendah, harga dilihat akan kembali melantun semula dan meneruskan kenaikan menuju ke paras resistance 1.3019 (MagicR1) dan menguji paras ketinggian harga minggu lalu pada 1.30400. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, kenaikan harga dijangka akan menuju pula ke paras resistance pada 1.3075 (MagicR2) dan seterusnya membuat higher high di paras yang lebih tinggi berkemungkinan ke paras 1.3109 (MagicR3) yang juga merupakan paras resistance pada Moshed Magic Line.

Sebaliknya, jika USD terus didagangkan mengukuh berbanding Sterling dengan momentum NFP yang positif pada minggu lalu, harga berkemungkinan membuat penurunan menuju ke paras support 1.2929 (MagicS1) yang juga dilihat sebagai zon RBS (resistance become support) pada chart GBP/USD. Jika harga yang masih mampu meneruskan penurunan dilihat berjaya breakout zon RBS tersebut, harga dijangka akan menuju ke paras support 1.2895 (MagicS2) terlebih dahulu sebelum paras support pada 1.2839 (MagicS3) dilihat bakal menjadi destinasi tumpuan harga untuk penurunan yang seterusnya.

Terus ikuti perkembangan Brexit yang dilihat semakin positif dalam pasaran semasa namun dinasihatkan supaya anda berhati-hati pada dagangan Sterling untuk sebarang kemungkinan. Lihat paras-paras tumpuan harga pada chart GBP/USD dengan berpandukan pada paras yang telah digariskan dalam indicator Moshed Magic Line untuk memudahkan analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.2929, 1.2895, 1.2839.

Paras resistance: 1.3019, 1.3075, 1.3109.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat