Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 5/12/2018

303

Nilai matawang GBP melonjak pada sesi pasaran Eropah untuk dagangan Selasa berikutan laporan positif berkenaan isu Brexit di mana peguam di Mahkamah Keadilan Eropah menyatakan pendapatnya bahawa Britain secara bersendirian tanpa persetujuan kelompok negara Kesatuan Eropah yang lain, berhak untuk membatalkan rancangan Brexit Britain jika undian di Parlimen ditolak. Namun, Sterling kembali mengalami kejatuhan nilai pada dagangan sesi New York menjunam ke paras terendah dalam tempoh 17 bulan setelah kerajaan Perdana Menteri Britain Theresa May didapati mempersendakan Parlimen kerana keengganannya menyediakan nasihat undang-undang penuh dalam perjanjian Brexit. Jika diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD, harga membuat kenaikan sehingga melepasi paras Magic Pivot dan resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line, sebelum harga kembali menjunam sehingga 175 pips penurunan menguji paras support MagicS1 sebelum harga sedikit pantul semula.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang bergerak rendah dari paras Magic Pivot 1.2736 dilihat bergerak menurun ke arah paras terendah harga menjunam semalam dan harga kelihatan masih gagal menembus paras major support 1.26900. Harga masih bergerak menguji paras tersebut sehingga lewat sesi dagangan Asia. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga akan memulakan misi mencari paras terendah yang baru dan paras awal yang menjadi tumpuan adalah pada support 1.2635 (MagicS1). Kemudiannya, dilihat pula di paras lebih rendah adalah support 1.2555 (MagicS2) yang akan dituju harga untuk penurunan harga yang masih diteruskan. Dan jika momentum penurunan harga masih berjaya dikekalkan, harga boleh mencecah sehingga penurunan ke paras serendah 1.2454 (MagicS3).

Namun, jika pergerakan harga menunjukkan harga bergerak ke arah sebaliknya membuat kenaikan semula lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.2736, harga lebih cederung bergerak menuju ke paras resistance 1.2815 (MagicR1). Harga yang meneruskan kenaikannya melepasi paras tersebut dijangka akan menuju pula ke paras resistance 1.2917 (MagicR2) untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut. Jika harga berjaya breakout paras itu, harga berkemungkinan boleh mencapai kenaikan ke paras sekitar 1.2996 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan Brexit yang memberikan reaksi tidak menentu dalam pasaran dan beri tumpuan juga pada perubahan nilai matawang safe-haven USD yang berubah sejajar dengan sentimen semasa dalam pasaran. Lihat paras tumpuan harga pada chart GBP/USD dengan menggunakan indicator Moshed Magic Line dalam analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.2635, 1.2555, 1.2454.

Paras resistance:  1.2815, 1.2917, 1.2996.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat