Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 7/1/2019

269

Jika diimbas kembali pada dagangan Jumaat lalu, pergerakan harga yang ditunjukkan oleh pasangan matawang GBP/USD melihatkan Sterling lebih mengukuh berbanding USD pada sesi pasaran Eropah. Harga dilihat membuat kenaikan dari paras support 1.26200 dan naik menguji zon resistance sekitar 1.27000 sebelum laporan pekerjaan NFP yang positif telah berjaya menekan harga kembali semula ke paras support 1.26200. Namun, susulan daripada komen bernada dovish oleh Powell beberapa jam kemudian telah melonjakkan kembali harga sehingga berjaya melepasi zon resistance 1.27000 serta paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line dengan matawang USD kembali didagangkan lemah dalam pasaran sehingga bersambung pada awal dagangan minggu ini.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga dilihat bergerak perlahan di bawah paras resistance 1.2769 (MagicR1) sehingga ke penghujung sesi. Jika harga berjaya meneruskan lonjakan pada dagangan Jumaat lalu, harga bakal menguji paras ketinggian yang dicapai pada dagangan awal minggu lalu iaitu hari terakhir dagangan untuk tahun 2018 di sekitar resistance 1.2821 (MagicR2). Kenaikan lebih tinggi harga untuk mencatatkan paras ketinggian yang baru berkemungkinan akan mececah sehingga ke paras sekitar 1.2898 (MagicR3).

Namun, jika harga kembali menunjukkan penurunan dan bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.2692 hari ini, harga bakal menguji semula paras terendah dagangan Jumaat lalu sekitar support 1.2639 (MagicS2). Seterusnya, harga akan menuju pula ke paras tumpuan harga iaitu paras support yang berada lebih rendah pada sekitar paras 1.2563 (MagicS2) sebelum sedikit lagi penurunan lebih rendah harga akan menguji paras support 1.2510 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan penting Brexit sehingga keputusan undian Parlimen dikeluarkan selain daripada data pengeluaran kilang di Britain yang akan dikeluarkan pada Jumaat nanti. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda membandingkan paras support dan resistance terbaik pada chart GBP/USD anda.

 

Paras support: 1.2639, 1.2563, 1.2510.

Paras resistance:  1.2769, 1.2821, 1.2898.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat