Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 7/12/2018

202

Perkembangan Brexit menjelang undian Parlimen yang bakal berlangsung minggu hadapan menunjukkan suasana yang masih bergelora dengan pelbagai persoalan dan percanggahan pendapat. Secara keseluruhannya, matawang Sterling dilihat akan terus didagangkan berisiko sehingga mendapat keputusan yang jelas terhadap perjanjian Brexit tersebut. Sementara matawang USD yang mengalami kejatuhan nilainya, GBP mengambil kesempatan untuk sedikit mengukuh pada dagangan semalam dan dapat dilihat kenaikan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD. Harga membuat menguji paras support 1.27000 kemudiannya membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot semalam sehingga ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line namun gagal ke paras lebih tinggi.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga dilihat bergerak perlahan dan menurun ke paras Magic Pivot 1.2762. Jika harga gagal melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga berkemungkinan akan membuat kenaikan menguji paras resistance 1.2827 (Magic1). Kemudiannya kenaikan harga akan menuju pula ke paras resistance 1.2876 (MagicR2) sebelum harga menguji paras 1.2941 (MagicR3) yang berada di zon SBR (support become resistance) pada chart GBP/USD.

Namun, jika pergerakan harga menunjukkan penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, berkemungkinan matawang USD kembali mengukuh paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada 1.2714 (MagicS1). Kemudiannya, harga dijangka akan menuju ke paras support pada 1.2648 (MagicS2) untuk mencatatkan paras terendah yang baru. Dan seterusnya, harga yang menyambung penurunan boleh mencecah sehingga ke paras serendah 1.2600 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan Brexit menjelang undian Parlimen pada minggu hadapan dan kawal posisi dagangan anda sebaik mungkin dalam menhadapi ketidaktentuan pergerakan harga dalam pasaran berikutan data pekerjaan NFP malam ini. Lihat pada indicator Moshed Magic Line untuk mencari paras terbaik untuk support dan resistance pada chart GBP/USD anda.

 

Paras support: 1.2714, 1.2648, 1.2600.

Paras resistance:  1.2827, 1.2876, 1.2941.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat