Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 8/2/2019

303

Seperti jangkaan, Bank of England (BoE) telah mengekalkan kadar faedah di paras 0.75% dan membuatkan nilai matawang Sterling menyusut selepas keputusan tersebut dikeluarkan. Namun, pasaran dikejutkan dengan lonjakan semula pada nilai dagangan Sterling susulan daripada ucapan daripada Gabenor bank pusat, Mark Carney. Beliau memberi amaran terhadap pengunduran Brexit tanpa perjanjian dan turut menyatakan ketidaktentuan Brexit yang berlarutan itu akan terus menjejaskan ekonomi namun penyampaian mesej beliau dilihat bersifat optimis, terutamanya apabila melihat kebarangkalian perjanjian tersebut dibatalkan seterusnya akan memacu kembali pengukuhan GBP. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD semalam menunjukkan penurunan 80 pips mencecah paras support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line, namun harga kembali pantul semula melonjak sekitar 140 pips kenaikan hampir menyentuh paras resistance MagicR2 sebelum menutup dagangan sesi New York sekitar Magic Pivot.

Sesi pasaran Asia hari ini dilihat lebih reda selepas pergerakan volatile harga semalam dan harga dilihat bergerak perlahan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.2933 hari ini. Jika harga terus menyambung kenaikan selepas lonjakan semalam, harga dilihat akan menuju ke paras resistance 1.3012 (MagicR1) yang berada di paras tumpuan harga. Seterusnya, kenaikan harga yang diteruskan ke paras lebih tinggi dijangka akan ke paras sekitar 1.3075 (MagicR2) sebelum lonjakan lebih tinggi harga berpotensi mencapai paras ketinggian dagangan untuk hari ini hingga ke sekitar paras 1.3154 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga bergerak turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.2933 hari ini, paras awal penurunan dilihat akan ke paras support 1.2870 (MagicS1). Destinasi penurunan harga seterusnya dijangka akan ke paras sekitar 1.2971 (MagicS2) sebelum penurunan lebih rendah yang masih berjaya diteruskan harga boleh mencecah sehingga ke paras serendah 1.2728 (MagicS3).

Terus pantau perkembangan rundingan Brexit dan juga langkah-langkah susulan oleh bank pusat untuk terus mengekalkan kestabilan dagangan Sterling dalam pasaran. Tentukan paras support dan resistance yang terbaik pada chart GBP/USD dengan membandingkan paras harga yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan dalam analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.2870, 1.2791, 1.2728.

Paras resistance:  1.3012, 1.3075, 1.3154.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat