Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 9/10/2018

274

Matawang GBP dilihat antara matawang yang paling mendapat permintaan pada penghujung minggu lalu. Namun, jika dilihat pada pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/USD pada dagangan semalam melihatkan harga membuat penurunan disebabkan faktor pasaran melihat rundingan Brexit yang masih bersifat lemah walaupun sebelum ini laporan mengatakan rundingan tersebut bakal mencapai persetujuan. Penurunan harga dilihat sejak awal sesi pasaran Asia semalam dari paras 1.31300 sehingga ke paras harga 1.30300. Penurunan sehingga 100 pips itu dilihat melepasi paras Magic Pivot dan juga support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum harga sedikit pantul membuat kenaikan ke paras Magic Pivot semula pada sesi pasaran New York.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak sangat perlahan dan kemudiannya membuat penurunan untuk menguji paras Magic Pivot 1.3084 pada sesi pasaran Eropah. Jika harga kembali meneruskan kenaikan yang dibuat sejak sesi pasaran New York semalam, harga dilihat akan menguji paras resistance 1.3139 (MagicR1) yang berada pada paras ketinggian harga yang dicapai semalam. Dan jika harga terus menyambung kenaikan ke paras lebih tinggi, paras resistance 1.3188 (MagicR2) dilihat sebagai paras seterusnya yang akan diuji harga di mana paras tersebut berada pada paras yang menjadi tumpuan harga sebelum ini. Sekiranya harga breakout paras tersebut, harga boleh mencapai paras ketinggian baru sehingga ke paras resistance 1.3244 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga terus mengalami kejatuhan dengan kelemahan GBP, harga berkemungkinan akan turun ke paras support 1.3034 (MagicS1) sebelum menguji zon support 1.30000 sebelum ini. Jika harga berjaya menembusi zon support tersebut, jangkaan harga akan menuju ke paras support terdekat yang dilihat pada 1.2979 (MagicS2). Penurunan harga yang masih diteruskan bakal melihatkan harga menguji paras support 1.2930 (MagicS3) yang berada pada paras terendah yang dicapai harga pada Khamis lalu.

Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit yang masih menjadi kebimbangan dalam pasaran semasa dalam memantau pergerakan harga pada chart GBP/USD ini. Lihat juga paras support dan resistance yang terbaik pada chart dengan berpandukan kepada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.3034, 1.2979, 1.2930.

Paras resistance: 1.3139, 1.3188, 1.3244.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat