Analisis Teknikal Jangka GOLD Bakal Cecah Paras $1900!

1,055

Terkejut melihat pergerakan harga emas? Sejak semalam sehingga sesi Asia pagi ini, carta XAU/USD telah pamerkan lonjakan sehingga 500 pips!

Faktor utama yang mendorong kenaikan mendadak harga emas minggu ini adalah disebabkan penjualan besar-besaran US dolar dalam pasaran yang melemahkan matawang Amerika Syarikat (AS) itu.

Selain didorong oleh laporan positif ujian Covid-19, sentimen positif pasaran turut disokong oleh kesepakatan fiskal Eropah serta rundingan rangsangan tambahan AS yang akan memberikan gambaran pemulihan ekonomi pada kadar lebih pantas.

Selepas pamerkan kenaikan bertenaga pada dagangan Selasa, sesi Asia pagi ini melihatkan lonjakan harga diteruskan lagi. Trend kenaikan harga emas ini telah mendorong harga mencapai paras tertinggi terbaru 9 tahun.

Awal minggu melihatkan harga pada carta XAU/USD telah berjaya bergerak melepasi zon resistance yang diuji pada 2 minggu sebelumnya berturut-turut.

Kenaikan harga seterusnya berkemungkinan akan menguji kembali zon resistance harga yang pernah diuji pada tahun 2011 dahulu iaitu sekitar paras 1900.00!

Penurunan harga yang berlaku berkemungkinan akan kembali semula ke zon RBS (resistance become support) 1815.00 atau paras tumpuan 1800.00 sebelum harga kembali membuat kenaikan semula.

Namun jika penurunan harga terus ke paras lebih rendah, pelabur akan mula menjangkakan semula untuk trend bearish bagi dagangan emas.

Sentimen pasaran akan terus dipantau untuk pelabur menilai arah pergerakan harga emas yang selanjutnya.

Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat