Analisis Teknikal Mingguan 30 Oktober – 3 November 2017

149

EUR/USD – Analisis Mingguan 30 Oktober – 3 November 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Secara teknikal, EUR/USD telah membentuk bearish morubozu Khamis lalu setelah ia gagal untuk breakout Key Resistance 1.1864/50. Ia juga telah membentuk new LL pada minggu lalu. Jadi, kebarangkalian masih tinggi untuk ia bearish pada minggu ini selagi ia tidak breakout Key Resistance ini.

Dan peluang yang boleh diperhatikan pada minggu ini adalah retracement/pullback yang akan dilakukan oleh EUR/USD berkemungkinan sekitar 1.1700/ 1.1750 sebelum ia meneruskan lagi penurunan. Jika bearish target terhampir adalah 1.1550 atau ke sekitar harga 1.1464/50. Oleh itu, selagi harga ketika ini masih berada di bawah paras harga 1.1864, bias masih ke arah bearish berbanding bullish.

GBP/USD – Analisis Mingguan 30 Oktober – 3 November 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu lalu, pergerakan harga bagi GBP/USD sideways dan masih berada di atas paras harga Key Support 1.3030 ketika ini. Secara teknikal, pergerakan momentum wave masih menunjukkan mood bullish(HL,HH,HL,HH) selagi ia tidak breakout Key Support mingguan ini.

Target bullish adalah di sekitar harga Key Resistance minggu ini iaitu 1.3300 dan jika breakout ia akan mencapai ke level resistance seterusnya. Walaubagaimanapun, sekiranya harga gagal untuk breakout Key Resisatnce ia akan sideways di sekitar harga antara Key Resistance dan Key Support.

Sekiranya breakout 1.3030, ia akan mulai bearish ke harga yang lebih rendah lagi. Jadi, penting untuk perhatikan harga ini samaada ia akan dibreakout atau sebaliknya. Secara keseluruhannya, pergerakan wave masih menunjukkan potensi masih ke arah bullish ketika ini.

AUD/USD – Analisis Mingguan 30 Oktober – 3 November 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika diperhatikan, harga AUD/USD minggu lalu gagal untuk bullish setelah breakout Key Support Zone 0.7750 dengan tidak membentuk sebarang buy signal di sekitar harga Key Support Zone tersebut.

Jadi pada minggu ini, secara teknikal AUD/USD telah membentuk new LL minggu lalu setelah breakout Key Support mingguan dan kenaikan ketika ini adalah peluang untuk ‘short’ selagi ia tidak breakout Key Resistance 0.7900.

Kenaikan berkemungkinan adalah ke sekitar 0.7750/0.8814 yang berpotensi untuk membentuk New LH sebelum ia bearish. Jika bearish target terhampir adalah ke sekitar harga 0.7630/00. Jika breakout, ia akan ke harga yang lebih rendah lagi bagi membentuk new LL.

USD/JPY – Analisis Mingguan 30 Oktober – 3 November 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pergerakan harga bagi USD/JPY minggu lalu berjaya mencapai resistance sekitar 114.30 dan mulai bearish semula ketika ini. Secara teknikal, momentum pergerakan masih dikuasai mood bullish ketika ini, dan selagi ia tidak breakout Key Support minggu ini 113.14 – 112.80, potensi masih kuat ke arah bullish.

Jika breakout, USD/JPY berkemungkinan akan bearish ke support seterusnya iaitu 111.80 sebelum ia kembali bullish. Oleh itu, peluang ‘long’yang boleh diperhatikan ketika ini adalah berlakunya buy signal sekitar harga Key Support atau support sekitar 111.80/60.

GBP/JPY – Analisis Mingguan 30 Oktober – 3 November 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Secara teknikal, pergerakan momentum wave bagi GBP/JPY masih dalam mood bullish ketika ini selagi ia tidak breakout Key Support sekitar harga 147.14 /80 pada minggu ini. Peluang terhampir yang boleh diperhatikan adalah sekitar harga 149.00 sebelum ia bullish dan target kenaikan yang berpotensi dicapai adalah 150.80 atau ke harga yang lebih tinggi lagi.

Jadi, pada minggu ini selagi ia tidak breakout 147.14 ataupun Key Support Zone minggu ini, sebarang penurunan ketika ini adalah retracement dan kebarangkalian masih tinggi untuk ia meneruskan lagi kenaikan berbanding bearish. Jika breakout Key Support Zone, ia akan bearish ke level support seterusnya iaitu 145.80/146.00.

Anda ingin belajar forex dengan mudah? Dapatkan buku analisis fundamental & teknikal di sini!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat