Analisis Teknikal Mingguan 6 November – 10 November 2017

125

EUR/USD – Analisis Mingguan 6 November – 10 November 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Secara teknikal, pergerakan momentum wave masih kuat menunjukkan potensi untuk ia bearish ketika ini dan minggu lalu kita menyaksikan ia membentuk new LH sekitar harga resistance 1.1700 – 1.1660 sebelum bearish. Tetapi masih gagal untuk membentuk new LL.

Jadi pada minggu ini, sekiranya harga EUR/USD masih berada di paras harga 1.1700, kebarangkalian untuk ia bearish pada minggu ini adalah tinggi dan jika breakout Key Support 1.1550 ini, target bearish yang berpotensi untuk dicapai adalah sekitar harga 1.1464/50 atau ke sekitar harga yang lebih rendah lagi bagi membentuk new LL.

GBP/USD – Analisis Mingguan 6 November – 10 November 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika diperhatikan, mengikut teknikal harga GBP/USD minggu lalu bearish dengan mendadak setelah ia gagal untuk breakout Key Resistance sekitar 1.3300. Jadi pada minggu ini, peluang dan kemungkinan masih tinggi untuk ia kembali bullish selagi harga masih berada di atas paras harga 1.3030 Key Support minggu ini.

Walaubagaimanapun, sekiranya breakout Key Support ini, GBP/USD akan meneruskan lagi penurunan pada minggu ini.  Dan jika bearish, target terhampir adalah 1.2900 atau ke 1.2800. Jadi, sangat penting untuk diperhatikan Key Support pada minggu ini, dan sekiranya ia masih gagal untuk dibreakout, kebarangkalian masih tinggi untuk GBP/USD bullish dan peluang boleh diperhatikan di timeframe yang lebih kecil untuk ‘long’.

AUD/USD – Analisis Mingguan 6 November – 10 November 2017 – Rujukan Chart TF Daily

AUD/USD minggu lalu melakukan sedikit retracement sebelum ia bearish Jumaat lalu, dan secara teknikal pergerakan harga bagi AUD/USD dilihat masih dalam mood bearish ketika ini. Dan sekiranya ia breakout Key Support 0.7630 ini, ia berpotensi untuk mencapai ke support seterusnya iaitu 0.7580 atau ke 0.7510/00 bagi membentuk new LL.

Tetapi sekiranya ia gagal untuk breakout Key Support pada awal minggu ini, dijangkakan ia berpotensi untuk kembali melakukan retracement berkemungkinan adalah ke sekitar 0.7750/0.8814 yang berpotensi untuk membentuk New LH sebelum ia bearish.

Kesimpulannya, mood bearish masih didominasi pergerakan AUD/USD ketika ini dan sebarang kenaikan adalah retracement sebelum ia bearish selagi ia tidak breakout 0.7890 iaitu Key Resistance mingguan.

USD/JPY – Analisis Mingguan 6 November – 10 November 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Seperti jangkaan, harga USD/JPY minggu lalu berjaya untuk melakukan retracement ke sekitar harga 113.14 iaitu Key Support bagi membentuk new HL sebelum ia meneruskan lagi kenaikan lebih kurang 110 pips.

Pada minggu ini, jika diperhatikan pergerakan wave masih kuat menunjukkan mood bullish dan dijangkakan USD/JPY berpotensi untuk membuat kenaikan pada minggu ini dan sekiranya ia breakout dengan menutup pasaran di atas paras harga 114.30, target yang berpotensi seterusnya ialah 115.00 atau ke 115.50 bagi membentuk new HH.

Jika bearish, ia berpotensi untuk melakukan retracement/pullback sekitar harga Key Support 113.14 – 112.80. Oleh itu, selagi ia tidak breakout Key Support mingguan ini, kebarangkalian masih tinggi untuk ia bullish ketika ini.

GBP/JPY – Analisis Mingguan 6 November – 10 November 2017 – Rujukan Chart TF Daily

GBP/JPY awal minggu lalu berjaya membuat kenaikan lebih kurang 200 pips dan mencapai target kenaikan sebelum ia kembali semula ke sekitar support terhampir iaitu 149.00. Secara teknikal, pergerakan momentum wave bagi GBP/JPY masih dalam mood bullish ketika ini selagi ia tidak breakout Key Support sekitar harga 147.00/80 pada minggu ini.

Peluang masih boleh diperhatikan di sekitar harga 149.00 sebelum ia bullish target kenaikan yang berpotensi dicapai adalah 151.30 atau ke harga yang lebih tinggi lagi 152.60/50. Walaubagaimanapun, jika ia bearish ia boleh dianggap retracement/pullback selagi ia tidak breakout Key Support Zone mingguan ini.

Jadi, selagi ia tidak breakout Key Support minggu ini, mood masih dikuasai bullish ketika ini berbanding bearish.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat