Analisis Teknikal NZD/CHF – Timeframe H1 – 5/9/2018

444

Matawang New Zealand dollar masih lagi kekal dengan momentumnya yang lemah dalam pasaran ditambah lagi sentimen pasaran yang berisiko (risk-off) buat masa ini. Pasaran masih lagi melihat pada jangkaan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang menjangka pertumbuhan ekonomi di New Zealand yang perlahan serta jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah yang dialih kepada September 2020. Data bank ANZ baru-baru ini juga menunjukkan keyakinan perniagaan jatuh ke paras terendah 10 tahun lalu.

Sementara itu, faktor sentimen pasaran risk-off yang membebankan matawang NZD sebaliknya memberi manfaat terhadap matawang CHF. Matawang CHF seperti JPY, mendapat permintaan apabila pasaran dilihat dalam keadaan berisiko sekaligus membuatkan matawang pulangan rendah mendapat kelebihan dalam situasi ini. European Central Bank (ECB) yang dijangka akan menaikkan kadar faedah memberi impak yang positif di zon Eropah dan matawang CHF dilihat masih optimis dalam pasaran.

Dari segi teknikal, pergerakan harga masih lagi dilihat dalam fasa menurun bagi pasangan matawang NZD/CHF. Penurunan harga dibuat dari paras 0.65400 sehingga paras SBR (support become resistance) semalam di 0.63900. Semalam harga telah menembusi paras SBR 0.63900 dan turun sehingga paras support 0.63650 sebelum kembali semula menguji paras SBR 0.63900.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga membuat penurunan ke paras support semalam dan dilihat tidak berjaya menembusi (breakout) paras tersebut dan dilihat telah kembali semula menguji paras SBR 0.63900 sekali lagi pada sesi pasaran London hari ini. Harga semasa bergerak di sekitar 0.63880 berdekatan dengan paras SBR 0.63900 setakat jam 5.40 petang. Terus ikuti perkembangan perang dagang serta sentimen pasaran global semasa yang mempengaruhi pergerakan harga bagi kedua-dua pasangan matawang NZD dan CHF ini.

 

Paras support: 0.63636, 0.63444, 0.63243.

Paras resistance: 0.64029, 0.64230, 0.64422.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat