Analisis Teknikal NZD/USD – Timeframe H1 – 6/9/2018

494

Pasaran Asia hari ini dilihat lemah dimana sentimen pasaran semasa masih tidak menyebelahi pengukuhan nilai matawang NZD dan dijangka NZD akan terus kekal didagangkan lemah. Pasaran masih lagi dilihat dalam keadaan berisiko (risk-off) ekoran kebimbangan para pelabur terhadap risiko perang dagang antara AS-China yang dijangka lebih hangat minggu ini berikutan tarif tambahan Amerika Syarikat terhadap barangan China.

Selain itu, jangkaan kenaikan kadar faedah di New Zealand yang diubah daripada September 2019 ke Setember 2020 menurunkan lagi keyakinan pelabur terhadap matawang Kiwi itu serta ditambah lagi dengan kenyataan daripada Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang menjangka pertumbuhan ekonomi yang perlahan di New Zealand.

Sementara itu, isu-isu utama yang sedang hangat buat masa sekarang seperti perjanjian NAFTA dan perang dagang AS-China yang melibatkan Amerika Syarikat membuatkan pelabur melihat pasaran masih dalam keadaan berisiko (risk-off). Namun begitu, nilai matawang USD terus mengukuh ekoran permintaan USD yang turut meningkat disebabkan faktor matawang USD itu sendiri yang dikategorikan sebagai matawang safe-haven.

Tumpuan masih terhadap isu tarif tambahan oleh Amerika Syarikat terhadap barangan import China sejumlah $200billion. Selain daripada itu, USD turut disokong oleh kenyataan ahli FED Bostic yang mengatakan bahawa sektor pekerjaan AS dalam keadaan mengukuh dan inflasi adalah dalam sasaran. Sektor perkilangan di AS juga dalam keadaan yang baik dan berkembang dengan kadar yang pantas.

Jika dilihat pada chart bagi pasangan matawang NZD/USD, harga membuat penurunan dari paras resistance 0.67200 sejak penghujung minggu lalu sehingga ke paras support 0.65450. Semalam, harga dilihat kembali membuat kenaikan dari paras support 0.65450 dan terus naik lebih tinggi ke paras 0.65970.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat membuat sedikit kenaikan dari paras harga semalam dan menuju ke zon SBR (support become resistance) sebelum ini di paras 0.66200. Namun harga kembali melemah sedikit dan turun ke paras garisan daily pivot 0.65700 sebelum membuat sedikit kenaikan dimana harga semasa bergerak di sekitar zon harga 0.65950 setakat jam 4.20 petang.

Jika harga terus membuat kenaikan dan menembusi (breakout) paras resistance 0.66200, paras resistance terdekat yang dilihat menjadi sasaran harga adalah pada paras 0.66400 dan seterusnya di 0.66820.

Namun, jika USD terus mengukuh dan menekan harga lebih rendah, harga dilihat perlu menguji terlebih dahulu paras support 0.65450 dan jika paras tersebut berjaya ditembusi (breakout), harga berkemungkinan untuk turun ke paras support 0.65000 dan seterusnya ke paras 0.64770. Diingatkan supaya kawal posisi dagangan yang melibatkan matawang USD khususnya pada minggu ini berikutan beberapa data ekonomi yang menjadi tumpuan Jumaat ini.

Paras support: 0.65458, 0.65034, 0.64775.
Paras resistance: 0.66141, 0.66400, 0.66824.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat