Analisis teknikal TRX/BTC – Timeframe H1 – 8/1/2018

1,265

Harga TRX/BTC atau matawang crypto TRON mulai membuat kenaikan mendadak awal tahun ini dan mencapai harga tertinggi sekitar 0.00002050BTC bersamaan lebih kurang $0.316225 ketika itu. Kenaikan tersebut berkemungkinan disebabkan reputasi Foundernya, Justin Sun yang merupakan anak didik Jack Ma yang mendapat kepercayaan dari pelabur luar.

Tetapi kenaikan itu mulai merudum selepas Founder Litecoin, Charlie Lee mengatakan ianya adalah sekadar HYPE coin dan sebagainya. Pemegang-pemegang(bagholders) TRX  mulai risau dan berkemungkinan mereka mulai menjual pegangan mereka menyebabkan harga jatuh teruk hingga kini.

Secara teknikal, TRX membentuk pin bar bearish sekitar harga 0.00001830 dan telah beberapa kali telah menguji harga sekitar Key Support iaitu 0.00000900($0.13) untuk breakout. Jika breakout, ia akan meneruskan momentum bearish ke support seterusnya bagi membentuk new LL.

Walaubagaimanapun, jika ia gagal untuk dibreakaout, TRX berkemungkinan akan mulai pulih dan berpotensi mencapai ke sekitar Key Resistance semula iaitu 0.00001250(0.19). Apapun, kenaikan juga bergantung pada permintaan pelabur dan spekulasi ketika ini.

Bacaan lanjut : KLIK DI SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat