Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 3/12/2018

192

Jika dilihat pada chart pasangan matawang USD/CAD untuk permulaan dagangan minggu ini, terdapat jarak (gap) pada permbukaan harga sesi pasaran Asia pagi tadi setelah nilai matawang USD didagangkan lemah berikutan sentimen pasaran semasa kembali pulih. Sementara matawang dollar CAD pula didagangkan positif dengan pasaran minyak mentah yang stabil dan juga pelabur yang optimis terhadap perkembangan perjanjian USMCA. Diimbas kembali dagangan USD/CAD pada Jumaat lalu, harga pada mulanya membuat kenaikan dari paras Magic Pivot sehingga ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum kembali turun semula ke paras Magic Pivot dan menutup dagangan minggu lalu di paras sekitarnya.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang memulakan dagangan lebih rendah dari paras harga ditutup minggu lalu yang dilihat di sekitar paras support 1.3236 (MagicS2) membuat kenaikan seawal sesi bermula dan menguji paras support 1.3261 (MagicS1). Namun harga kemudiannya kembali pantul membuat penurunan semula sehingga melepasi paras support MagicS2 dan terus menuju ke paras support seterusnya yang berada di paras 1.3200 (MagicS3) menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah.

Namun, jika harga kembali membuat lonjakan semula sehingga berjaya melepasi paras Magic Pivot 1.3297 hari ini, harga bakal membuat kenaikan menuju ke paras resistance 1.3231 (MagicR1). Kemudian harga akan menguji pula paras ketinggian semasa pada chart USD/CAD di sekitar paras resistance 1.3358 (MagicR2) dan sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga berpotensi mencapai paras ketinggian yang baru di sekitar paras 1.3382 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan ekonomi dan politik di Kanada dan juga Amerika Syarikat yang mana bakal mempengaruhi pergerakan harga pada chart USD/CAD. Bandingkan paras harga pada indicator Moshed Magic Line dengan paras-paras yang menjadi tumpuan harga untuk meningkatkan lagi mutu analisis teknikal seharian anda.

 

Paras support: 1.3261, 1.3236, 1.3200.

Paras resistance: 1.3321, 1.3358, 1.3382.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat