Analisis Teknikal USD/CAD- Timeframe H1 – 10/1/2019

215

Matawang komoditi dollar CAD didagangkan positif berikutan siri kenaikan semula harga minyak mentah sejak permulaan dagangan tahun baru ini. Tumpuan pasaran semalam adalah kepada penetapan kadar faedah di Kanada semalam di mana seperti jangkaan pasaran, Bank of Canada (BoC) telah mengekalkan kadar faedah di paras 1.75% seperti sebelum ini. Namun, kenyataan susulan daripada bank pusat memainkan peranan penting untuk memberi petunjuk ke arah penetapan kadar faedah akan datang. Pasaran melihat kenyataan bank pusat bersifat dovish dengan ramalan pertumbuhan dijangka perlahan kepada 3.4% pada 2019 daripada paras 3.7% pada 2018. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD dilihat meneruskan penurunan untuk harga mencatatkan paras terendah semasa yang baru sehingga harga telah melepasi penurunan pada ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat mula menunjukkan corak pergerakan yang menaik dan telah pun melepasi paras Magic Pivot 1.3220 hari ini dan bergerak perlahan di atas paras tersebut sehingga menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga terus membuat kenaikan lebih tinggi, harga akan menguji paras resistance 1.3262 (MagicR1) yang berpotensi membentuk zon SBR (support become resistance) yang baru pada chart USD/CAD. Kemudian, harga yang meneruskan kenaikan akan menguji pula paras ketinggian harga yang diuji pada dagangan Selasa lepas di sekitar paras resistance 1.3319 (MagicR2). Dan sekiranya harga masih mengekalkan kenaikan, paras resistance pada 1.3360 (MagicR3) bakal menjadi destinasi tumpuan harga yang seterusnya.

Sebaliknya, jika dagangan USD/CAD hari ini masih meneruskan siri penurunan harga, harga berkemungkinan bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3220 sebelum cuba untuk mengatasi paras terendah dagangan semalam pada sekitar support 1.3164 (MagicS1). Seterusnya, harga bakal meneruskan pencarian paras terendah yang baru menuju ke paras support 1.3122 (MagicS2) sebelum penurunan lebih rendah harga boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 1.3065 (MagicS3).

Beri tumpuan pada faktor-faktor yang mempengaruhi nilai matawang Loonie seperti perkembangan pasaran minyak mentah serta data ekonomi di Kanada. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk mencari peluang posisi pada paras terbaik bagi dagangan anda pada chart USD/CAD.

 

Paras support: 1.3164, 1.3122, 1.3065.

Paras resistance: 1.3262, 1.3319, 1.3360.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat