Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 10/12/2018

232

Jika diimbas semula pada dagangan minggu lalu, matawang komoditi dollar CAD antara yang didagangkan berisiko berikutan data domestik Kanada yang lemah dan juga konflik dalam pasaran minyak mentah global yang berlaku terus memberi tekanan kepada matawang Loonie. Pada dagangan Jumaat lalu, pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD dilihat mendatar hampir tidak berubah pada paras Magic Pivot sementara menunggu data pekerjaan Kanada yang dikeluarkan bersama laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada sesi New York. Data pekerjaan NFP mencatatkan bacaan yang lemah dan pasaran sudah menjangkakan kejatuhan pada nilai dollar USD, namun data pekerjaan Kanada mengejutkan pasaran setelah angka yang dicatatkan jauh lebih tinggi daripada jangkaan dengan pertambahan bilangan pekerjaan sehingga 94,100 pekerja untuk bulan November. Dengan ini, angka yang dikeluarkan adalah tertinggi sejak statistik pekerjaan di Kanada mula dikeluarkan sejak tahun 1976. Dengan itu, harga pada chart USD/CAD yang bergerak mendatar sebelumnya telah menjunam sehingga 140 pips penurunan dalam masa dua jam. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga membuat terjunan dari paras Magic Pivot sehingga ke paras 1.32600 di mana hampir menyentuh ke paras resistance MagicS3 sebelum pantul semula dan menutup dagangan minggu lalu sedikit tinggi dari paras support MagicS2.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang memulakan dagangan di paras sekitar Magic Pivot 1.3326 dilihat membuat sedikit penurunan dan menuju ke paras support 1.3251 (MagicS1) sehingga menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga terus membuat penurunan lebih rendah dari paras terendah dagangan Jumaat itu, harga dilihat akan meneruskan penurunan sehingga ke paras sekitar support 1.3178 (MagicS2) untuk menguji paras paras yang gagal ditembusi harga minggu lalu. Sekiranya harga berjaya melepasi paras tersebut, harga bakal mencatatkan paras terendah yang baru berkemungkinan ke paras sekitar 1.3103 (MagicS3).

Namun, jika harga membuat kenaikan semula lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, paras resistance pada 1.3398 (MagicR1) dilihat paras awal yang akan dituju harga. Seterusnya, harga akan cuba mengatasi ketinggian dagangan Khamis lalu untuk mencapai paras ketinggian di sekitar resistance 1.3473 (MagicR2) sebelum melonjak ke paras lebih tinggi lagi sehingga ke paras 1.3546 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan pasaran minyak mentah yang dilihat kembali stabil dan menyokong pengukuhan Loonie. Kawal dagangan anda dengan sebaik mungkin dengan mendapatkan posisi dagangan yang terbaik pada chart USD/CAD menerusi bantuan indicator Moshed Magic Line yang menyediakan paras-paras tumpuan harga yang terbaik setiap hari.

 

Paras support: 1.3251, 1.3178, 1.3103.

Paras resistance: 1.3398, 1.3473, 1.3546.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat