Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 13/11/2018

190

Matawang dollar CAD terus didagangkan berisiko ekoran ketidakstabilan pada pasaran minyak mentah global. Dengan nilai matawang USD yang terus mengukuh dalam pasaran semasa, harga pada chart pasangan matawang USD/CAD dilihat terus membuat kenaikan dari paras Magic Pivot sehingga ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line untuk sesi dagangan semalam. Kenaikan tersebut telah mencatatkan paras ketinggian terbaru pada chart USD/CAD mengatasi ketinggian sebelum ini yang dicapai harga pada dagangan Jumaat lalu.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat kembali membuat penurunan dari paras tertinggi harga semalam dan turun melepasi paras Magic Pivot 1.3226 hari ini. Bersambung pada sesi dagangan Eropah, harga dilihat cuba membuat kenaikan dan menguji paras Magic Pivot tersebut untuk beberapa ketika. Jika harga gagal membuat kenaikan ke paras lebih tinggi, jangkaan harga akan bergerak lebih rendah dan menuju ke paras support terdekat iaitu pada 1.3203 (MagicS1). Seterusnya, penurunan harga yang masih berlaku dilihat akan menguji paras tumpuan harga di paras yang lebih rendah sekitar paras support 1.3160 (MagicS2) sebelum kejatuhan harga yang berterusan berpotensi untuk mencecahkan harga ke paras 1.3137 (MagicS3) iaitu support yang lebih rendah pada indicator Moshed Magic Line.

Namun, jika sebaliknya USD berjaya melonjakkan semula harga pada chart USD/CAD, harga bakal mencari paras ketinggian yang baru menuju ke paras resistance terhampir sekitar paras 1.3269 (MagicR1). Kemudiannya, kenaikan harga seterusnya bakal menguji paras ketinggian harga pada Julai lalu sekitar paras resistance 1.3292 (MagicR2). Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian yang baru dan mencapai kenaikan sehingga ke paras sekitar 1.3335 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan semasa pasaran minyak mentah global yang menjadi faktor terbesar yang mempengaruhi perubahan nilai matawang Loonie. Sesuaikan indicator Moshed Magic Line pada chart USD/CAD anda untuk memantapkan lagi analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.3203, 1.3160, 1.3137.

Paras resistance: 1.3269, 1.3292, 1.3335.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat