Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 15/11/2018

211

Dagangan pada chart pasangan matawang USD/CAD dilihat mendatar sejak beberapa hari lalu berikutan kemerosotan pada pasaran minyak mentah dunia. Julat pergerakan harga semalam sekitar 50 pips turun naik di antara paras resistance MagicR1 dan support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Matawang USD yang mengukuh sebelum ini sedikit terjejas dengan sentimen pasaran yang tidak menentu gagal mengekalkan kenaikan harga yang dibuat pada minggu lalu.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang didagangkan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.3237 pada permulaan sesi kemudiannya membuat penurunan melepasi paras tersebut dan menuju ke paras support 1.3211 (MagicS1) bersambung ke sesi pasaran Eropah. Setelah harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga akan menuju pula ke paras support pada 1.3181 (MagicS2) yang merupakan paras RBS (resistance become support) semasa pada chart USD/CAD. Seterusnya, harga yang meneruskan penurunan bakal mencecah ke paras support serendah 1.3154 (MagicS3).

Namun, jika USD kembali mengukuh semula dalam pasaran semasa, lonjakan awal harga berkemungkinan ke paras resistance terdekat iaitu sekitar paras 1.3267 (MagicR1) yang menjadi paras ketinggian diuji harga beberapa hari lalu. Sekiranya harga berjaya melepasi paras tersebut, harga bakal menguji pula paras resistance pada paras 1.3294 (MagicR2) yang merupakan paras ketinggian harga pada Julai lalu. Harga yang berjaya breakout paras tersebut bakal mencari paras ketinggian terbaru harga berkemungkinan sekitar paras 1.3323 (MagicR3).

Terus pantau perkembangan pasaran minyak mentah dunia yang masih menjadi faktor utama yang memberi kesan terhadap perubahan pada nilai matawang Loonie. Teliti keberkesanan paras harga pada indicator Moshed Magic Line dengan melihat kecederungan arah pergerakan harga pada chart USD/CAD ke paras-paras tersebut.

 

Paras support: 1.3211, 1.3181, 1.3154.

Paras resistance: 1.3267, 1.3294, 1.3323.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat