Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 16/1/2019

182

Selepas pergerakan mendatar harga menguji paras Magic Pivot pada chart pasangan matawang USD/CAD untuk sesi dagangan semalam, harga kemudiannya membuat penurunan berikutan faktor kenaikan pada harga minyak mentah yang menurun pada sesi sebelum itu. Penurunan harga telah melepasi paras support MagicS1 sehingga mencecah paras terendah dagangan harian semalam pada paras support MagicS2. Namun, harga kembali melonjak pada sesi pasaran New York sehingga ke paras Magic Pivot semula dan menguji paras resistance 1.32900 sebelum menutup dagangan di bawah paras Magic Pivot.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan di atas paras Magic Pivot 1.3261 sebelum dilihat cuba membuat penurunan melepasi paras tersebut pada penghujung sesi. Jika harga berjaya meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, harga akan menguji kembali paras terendah dagangan harian semalam sekitar paras support 1.3228 (MagicS1). Seterusnya, penurunan yang diteruskan harga dijangka akan ke paras sekitar 1.3193 (MagicS2) sebelum harga cuba mencatatkan paras terendah yang baru menuju ke sekitar paras 1.3160 (MagicS3) setelah berjaya mengatasi paras terendah semasa pada chart USD/CAD sekitar support 1.3180 sebelum ini.

Namun, jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi semula dari paras Magic Pivot hari ini, harga dilihat akan menguji paras resistance terdekat yang berada pada paras 1.3296 (MagicR1). Kemudian, harga bakal meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi dan menuju pula ke paras sekitar 1.3329 (MagicR2) yang dilihat turut diuji pada dagangan minggu lalu. Seterusnya, jika harga masih meneruskan kenaikan, harga dijangka akan menjadikan paras resistance pada 1.3364 (MagicR3) sebagai destinasi tumpuan harga yang seterusnya.

Beri tumpuan pada perkembangan pasaran minyak mentah global dan juga data-data ekonomi yang mempengaruhi nilai Loonie dalam pasaran semasa. Untuk analisis teknikal, jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan tetap pada chart USD/CAD untuk membantu anda membuat keputusan dagangan yang lebih tepat dan jelas.

 

Paras support: 1.3228, 1.3193, 1.3160.

Paras resistance: 1.3296, 1.3329, 1.3364.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat