Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 17/1/2019

243

Selepas keputusan undian Brexit diumumkan awal pagi semalam, pergerakan pasaran dilihat lebih pasif dan begitu juga pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD. Harga pada USD/CAD hanya berlegar turun dan naik di sekitar paras Magic Pivot semalam dan tidak menunjukkan sebarang pergerakan agresif sepanjang dagangan minggu ini. Penurunan harga semalam dilihat hampir menyentuh paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line namun harga kembali pantul menuju semula ke paras Magic Pivot sebelum sesi pasaran New York menutup dagangan di paras sekitarnya.

Bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini, USD dilihat lebih didagangkan mengukuh berbanding dollar CAD dengan melihatkan harga berjaya membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 1.3255 dan menuju ke paras resistance pada 1.3277 (MagicR1). Seterusnya harga akan menguji pula paras resistance lebih tinggi pada sekitar 1.3305 (MagicR2) yang berada pada zon SBR (support become resistance). Sedikit lagi kenaikan harga berkemungkinan akan menuju ke paras sekitar 1.3326 (MagicR3) untuk harga mengatasi paras resistance pada dagangan minggu lalu.

Namun, jika Loonie kembali mengukuh dan harga kembali menunjukkan penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan harga akan turun menguji paras support pada 1.3227 (MagicS1) yang masih belum berjaya ditembusi untuk dagangan minggu ini. Jika harga berjaya membuat penurunan melepasi paras tersebut, harga akan menuju pula ke paras support lebih rendah yang berada pada paras 1.3206 (MagicS2) sebelum penurunan harga seterusnya dilihat akan menguji zon major support pada USD/CAD yang masih belum berjaya ditembusi harga iaitu pada paras 1.3178 (MagicS3).

Pantau pasaran minyak mentah yang menjadi faktor utama mempengaruhi nilai dagangan Loonie dalam pasaran. Beri tumpuan juga pada data indeks harga pengguna di Kanada yang akan dikeluarkan pada jam 9.30 malam esok. Kawal risiko dagangan terutamanya posisi pada USD/CAD dengan merujuk pada paras-paras tumpuan yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line bagi membantu anda membuat keputusan yang lebih jelas.

 

Paras support: 1.3227, 1.3206, 1.3178.

Paras resistance: 1.3277, 1.3305, 1.3326.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat