Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 17/12/2018

196

Matawang dollar CAD untuk dagangan minggu ini bakal terkesan ekoran faktor harga minyak mentah yang menunjukkan penurunan. Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD pada dagangan Jumaat lalu, harga menunjukkan kenaikan dari paras Magic Pivot sehingga melepasi paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line. Namun, sebelum harga mencecah paras resistance MagicR2 yang berada lebih tinggi, harga kembali turun semula dan bergerak mendatar di sekitar paras resistance MagicR1 semula sehingga dagangan minggu lalu berakhir.

Bersambung pada sesi pasaran Asia minggu ini pula, harga dilihat bergerak mendatar di atas paras Magic Pivot 1.3377 sehingga pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga dilihat membuat kenaikan, paras resistance 1.3408 (MagicR1) adalah paras awal yang akan dituju harga. Seterusnya, harga yang menyambung kenaikannya akan menguji pula paras ketinggian harga pada dagangan minggu lalu di sekitar paras resistance 1.3433 (MagicR2) sebelum harga cuba melonjak lebih tinggi sehingga sekitar 1.3464 (MagicR3) untuk mencatatkan paras ketinggian yang baru pada chart USD/CAD untuk bulan ini.

Namun, jika harga membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan harga akan cuba menguji dahulu paras support terdekat iaitu pada 1.3352 (MagicS1) sebelum turun ke paras lebih rendah. Penurunan harga yang disambung seterusnya akan menguji paras terendah dagangan minggu lalu di sekitar support 1.3321 (MagicS2). Dan sedikit lagi penurunan yang diteruskan harga bakal menyentuh paras resistance 1.3296 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line.

Pantau perkembangan semasa pasaran minyak mentah global serta data-data ekonomi di Kanada yang mempengaruhi perubahan nilai matawang Loonie serta pergerakan harga pada chart USD/CAD. Tentukan paras support dan resistance terbaik pada chart USD/CAD dengan membandingkan paras-paras yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.3352, 1.3321, 1.3296.

Paras resistance: 1.3408, 1.3433, 1.3464.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat