Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 19/10/2018

248

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD dilihat telah berjaya membuat higher high yang baru mengatasi paras ketinggian harga yang dicapai sebelum ini apabila harga berjaya breakout paras harga pada 1.30700. Pengukuhan USD juga turut menambah tekanan kepada matawang Loonie yang bergelut dengan beberapa faktor sebelum ini termasuk ketidakstabilan pasaran minyak mentah akibat isu geopolitik antara AS dan Arab Saudi. Harga yang sememangnya didagangkan tinggi dari paras Magic Pivot semalam sejak awal sesi pasaran Asia lagi seterusnya membuat kenaikan sehingga mencapai paras ketinggian baru di resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Bersambung ke sesi pasaran Asia hari ini pula, harga kembali membuat penurunan dari paras ketinggian semalam dan telah turun melepasi paras Magic Pivot 1.3063 hari ini pada awal sesi pasaran Eropah. Harga masih bergerak di sekitar paras tersebut sehingga jam 4.20 petang. Jika harga terus didagangkan ke paras lebih rendah, harga dilihat akan menuju ke paras support 1.3037 (MagicS1) sebelum penurunan harga seterusnya bakal menguji zon RBS (resistance become support) pada 1.30000. Jika CAD terus kembali mengukuh berbanding USD dan harga berjaya breakout paras RBS tersebut, jangkaan harga akan turun melepasi paras support 1.2989 (MagicS2) seterusnya menuju ke paras support yang lebih rendah iaitu pada paras 1.2963 (MagicS3).

Sebaliknya, jika USD kembali memberi tekanan terhadap kelemahan matawang Loonie, harga bakal menyambung semula kenaikan yang dibuat semalam dan menuju ke paras resistance 1.3110 (MagicR1) untuk mencari paras ketinggian yang baru. Kenaikan harga yang diteruskan seterusnya dilihat akan ke paras resistance yang berada lebih tinggi iaitu pada paras 1.3136 (MagicR2). Sekiranya momentum kenaikan harga gagal dihalang oleh CAD, harga berpotensi untuk melonjak sehingga ke paras resistance di 1.3184 (MagicR3) untuk terus mencari paras ketinggian terbaru untuk Oktober ini.

Perhatikan paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart USD/CAD dengan melihat reaksi harga pada paras support dan resistance yang disediakan oleh indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan analisis anda.

 

Paras support: 1.3037, 1.2989, 1.2963.

Paras resistance: 1.3110, 1.3136, 1.3184.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat