Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 2/11/2018

171

Matawang komoditi turut menerima kesan yang positif berikutan sentimen pasaran semasa yang membuatkan matawang USD mengalami kejatuhan nilai. Matawang CAD mengukuh berbanding USD dan melonjak dari paras terendah tujuh minggu setelah turut terjejas sebelum ini kesan daripada ketidakstabilan pasaran minyak mentah global. Berdasarkan pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD, harga berjaya membuat penurunan sehingga hampir 100 pips pada sesi dagangan semalam. Dan berdasarkan pada indicator Moshed Magic Line pula, harga membuat penurunan pada paras lebih tinggi dari Magic Pivot pada awal sesi pasaran Asia semalam dan turun sehingga melepasi paras support MagicS1 sebelum menutup harga pada sesi pasaran New York di sekitar paras support tersebut.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga pada mulanya dilihat bergerak perlahan dan cuba untuk membuat kenaikan menuju ke paras Magic Pivot 1.3107 hari ini namun gagal mendapatkan momentum yang lebih kukuh sebelum harga kembali menyambung penurunan menuju ke paras support 1.3045 (MagicS1) bersambung pada sesi pasaran Eropah. Jika harga berjaya mengekalkan penurunan, harga diijangka akan menuju ke paras support 1.3007 (MagicS2) untuk harga menguji zon tumpuan harga ini. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga berpotensi untuk ditekan lebih rendah sehingga ke paras 1.2945 (MagicS3) sekiranya Loonie berjaya mengekalkan pengukuhan berbanding USD.

Namun, jika sebaliknya pula yang berlaku, harga dilihat akan kembali membuat lonjakan semula dan mencari paras resistance terdekat untuk diuji dan dilihat akan menuju ke paras 1.3146 (MagicR1). Seterusnya, harga boleh mencapai lonjakan sehingga ke paras 1.3208 (MagicR2) untuk harga mencari paras ketinggian yang baru mengatasi paras ketinggian harga pada minggu ini. Dan dilihat juga paras resistance pada 1.3246 (MagicR3) yang dijangka bakal diuji harga di mana paras tersebut dilihat berada pada zon tumpuan harga yang diuji pada Julai lalu.

Tumpuan terbesar pasaran adalah pada data pekerjaan NFP di AS malam ini yang telah dinantikan oleh para pelabur sepanjang minggu yang diibaratkan seperti acara kemuncak dagangan setiap bulan. Dinasihatkan supaya anda mengawal risiko dagangan sebaiknya dan perhatikan paras harga pada indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan untuk analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.3045, 1.3007, 1.2945.

Paras resistance: 1.3146, 1.3208, 1.3246.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat