Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 20/12/2018

221

Jika diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD untu sesi dagangan semalam, harga dilihat membuat penurunan setelah mencatatkan paras tertinggi pada dagangan hari sebelumnya. Harga membuat penurunan sehingga melepasi paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum pengukuhan USD berikutan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat FOMC awal pagi tadi kembali melonjakkan harga untuk menguji paras ketinggian sebelum ini dan telah mencapai paras ketinggian baru di paras sekitar 1.35070 sedikit sahaja mengatasi paras tertinggi tahun ini. Selain daripada terkesan ekoran ketidakstabilan pasaran minyak mentah global, data inflasi Kanada yang dikeluarkan malam tadi menepati ramalam pasaran apabila mencatatkan penurunan pada kadar yang lebih rendah di paras -0.4%.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang memulakan dagangan sekitar paras Magic Pivot 1.3469 kemudian dilihat membuat kenaikan menguji paras resistance 1.35000 untuk mengatasi paras ketinggian baru yang dicapai awal pagi tadi. Jika harga dilihat meneruskan kenaikan, paras awal yang dilihat akan menjadi tumpuan adalah pada support 1.3523 (MagicR1). Kenaikan seterusnya pula dijangka akan ke paras resistance sekitar 1.3561 (MagicR2) sebelum harga terus mencari paras ketinggian yang baru untuk dagangan tahun ini pada chart USD/CAD sehingga mencecah sekitar 1.3615 (MagicR3).

Namun jika harga kembali menunjukkan tanda-tanda penurunan dan turun melepasi paras Magic Pivot semula, harga berkemungkinan menuju ke paras support 1.3434 (MagicS1) terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan menuju ke paras support lebih rendah sekitar 1.3377 (MagicS2). Sedikit lagi penurunan bakal menyentuh paras support 1.3339 (MagicS3) yang berada pada zon tumpuan harga pada chart USD/CAD.

Terus pantau ekonomi semasa di Kanada dan juga perkembangan pada pasaran minyak mentah global yang menjadi faktor utama menggerakkan nilai matawang Loonie. Tentukan paras terbaik untuk posisi dagangan pada chart USD/CAD anda dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.3431, 1.3377, 1.3339.

Paras resistance: 1.3523, 1.3561, 1.3615.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat