Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 21/11/2018

201

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD turut menunjukkan pergerakan yang ketara sehingga 160 pips kenaikan harga pada dagangan Selasa. Ini adalah berikutan kejatuhan harga minyak mentah ke paras terendah dalam tempoh melebihi setahun menjelang mesyuarat OPEC pada bulan hadapan. Secara teknikal, berdasarkan pada indicator Moshed Magic Line semalam, harga yang pada mulanya bergerak mendatar di sekitar paras Magic Pivot akhirnya membuat lonjakan drastik sehingga mengatasi ketiga-tiga paras resistance dan mencapai paras ketinggian baru sekitar paras 1.33170 di mana paras tersebut kali terakhir dicapai harga adalah pada Jun lalu.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat didagangkan perlahan sejak permulaan sesi dan membuat sedikit penurunan menjelang ke sesi pasaran Eropah. Jika harga terus mengekalkan lonjakan pada dagangan semalam, kenaikan harga seterusnya dilihat menuju ke paras resistance 1.3364 (MagicR1) untuk harga menguji zon ketinggian yang diuji pada Jun lalu. Seterusnya, harga yang meneruskan lonjakan dijangka akan menuju pula ke paras resistance yang berada lebih tinggi sekitar paras 1.3422 (MagicR2) di mana paras ini kali terakhir dicapai harga adalah pada Jun tahun lalu. Dan sekiranya lonjakan harga masih berlaku, berkemungkinan harga boleh mencatatkan paras ketinggian yang baru sehingga ke paras sekitar 1.3527 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga kembali membuat penurunan sehingga melepasi paras Magic Pivot hari ini, berkemungkinan harga bakal menuju ke paras support 1.3201 (MagicS1) sebagai paras awal penurunan harga. Kemudiannya, harga bakal menguji paras RBS (resistance become support) pada paras 1.31400 dan jika harga berjaya breakout paras ini, penurunan harga seterusnya dijangka akan menuju ke paras sekitar 1.3097 (MagicS2). Harga yang terus mengekalkan penurunannya berpotensi untuk mencecah paras support 1.3039 (MagicS3) untuk menguji zon tumpuan harga pada chart USD/CAD sebelum ini.

Terus pantau perkembangan pasaran minyak mentah global yang mana memberi impak yang ketara pada perubahan nilai dollar CAD sepertimana yang berlaku pada chart USD/CAD pada dagangan semalam. Kawal risiko dagangan anda pada chart USD/CAD dengan menggunakan indicator Moshed Magic Line untuk mencari paras posisi dagangan yang berpotensi sebelum memulakan dagangan.

 

Paras support: 1.3201, 1.3097, 1.3039.

Paras resistance: 1.3364, 1.3422, 1.3527.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat