Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 25/10/2018

210

Setelah beberapa hari matawang CAD didagangakn berhati-hati oleh pelabur, persoalan akhirnya terjawab di mana Bank of Canada tetap meneruskan kenaikan kadar faedah dari 1.50% kepada 1.75% yang diumumkan pada jam 10.00 malam semalam. Dengan itu, nilai matawang CAD terus melonjak di mana jika dilihat pada pergerakan harga pada pasangan matawang USD/CAD, harga telah menjunam sehingga 130 pips dari paras Magic Pivot melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line dan telah mencecah ke paras terendah sekitar 1.29700 pada sesi pasaran New York semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan di sekitar paras Magic Pivot 1.3041 dan sedikit membuat penurunan untuk bergerak rendah dari paras tersebut bersambung ke sesi pasaran Eropah. Harga semasa berada di paras 1.30330 setakat jam 3.28 petang. Jika harga menyambung semula penurunan yang dibuat semalam, jangkaan harga akan menguji semula paras low semalam iaitu sekitar paras support 1.2982 (MagicS1). Seterusnya, harga bakal ditekan ke paras lebih rendah sehingga dijangka ke paras support yang berada di 1.2909 (MagicS2) di mana harga perlu menguji terlebih dahulu paras major support pada 1.29300. Namun, jika momentum penurunan harga yang diteruskan oleh pengukuhan Loonie gagal dihalang oleh USD, harga berpotensi untuk mencecah ke paras support 1.2849 (MagicS3) untuk harga membuat paras lower low yang baru.

Namun, jika sebaliknya yang berlaku dalam pasaran dan CAD mula didagangkan lemah semula, kesempatan ini akan dimanfaatkan oleh USD untuk melonjakkan semula harga ke paras resistance 1.3114 (MagicR1) untuk harga menguji semula zon ketinggian harga yang belum berjaya ditembusi sebelum ini. Jika harga berjaya melepasi paras tersebut, harga bakal mencari paras ketinggian terbaru berkemungkinan ke paras resistance 1.3173 (MagicR2). Sekiranya harga masih mampu meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi paras resistance MagicR2, harga dijangka berpotensi melonjak sehingga ke paras 1.3246 (MagicR3) dan mengatasi paras ketinggian yang dicapai harga pada September lalu.

Jangkaan pasaran bahawa AUD berkemungkinan didagangkan mengukuh dalam masa terdekat ini jika tiada sebarang isu yang memberi kesan terhadap perubahan nilai matawang Aussie itu namun pelabur tetap berhati-hati untuk sebarang kemungkinan. Tentukan paras support dan resistance terbaik pada chart AUD/USD dengan membandingkan dengan paras harga yang telah disediakan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.2982, 1.2909, 1.2849.

Paras resistance: 1.3114, 1.3173, 1.3246.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat