Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 25/9/2018

268

Bagi pergerakan harga untuk pasangan matawang USD/CAD, setelah harga membuat kenaikan ke paras resistance MagicR1, harga kemudian kembali turun semula sehingga ke paras Magic Pivot semalam dan pantul semula ke paras resistance MagicR1 kembali. Pada pasaran Asia didagangkan hari ini, pergerakan harga dilihat berada atas dari paras Magic Pivot 1.2939 hari ini dan hampir menuju ke paras resistance 1.2970 (MagicR1) di mana harga semasa bergerak pada paras 1.29530 setakat jam 3.44 petang.

Jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi paras resistance MagicR1, jangkaan harga akan menguji paras resistance 1.2985 (MagicR2) yang dilihat berada pada zon SBR (support become resistance). Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga berpotensi untuk membuat kenaikan sehingga ke paras resistance 1.3016 (MagicR3).

Namun, jika harga dilihat gagal melepasi paras zon SBR 1.29800, berkemungkinan harga akan menyambung smula penurunan yang dibuat sejak minggu lalu. Dijangka harga akan membuat penurunan menuju ke paras support 1.2923 (MagicS1) dan kembali menguji zon major support 1.29000 yang gagal ditembusi sebelum ini. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga akan terus mengalami kejatuhan ke paras yang lebih rendah melepasi paras support 1.2892 (MagicS2) dan paras support 1.2876 (MagicS3).

Sila kawal posisi trade anda menjelang mesyuarat FOMC awal Khamis nanti yang bakal menggerakkan harga dalam pasaran khususnya USD. Lihat paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line dalam membantu melengkapkan analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.2923, 1.2892, 1.2876.

Paras resistance: 1.2970, 1.2985, 1.3016.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat