Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 26/10/2018

265

Setelah kejatuhan yang ketara ditunjukkan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD dengan pengumuman kenaikan kadar faedah oleh Bank of Canada (BOC) yang mengukuhkan nilai matawang Loonie, harga kembali membuat kenaikan semula sehingga ke paras awal penurunan harga yang dibuat Rabu lalu pada sesi dagangan semalam. Harga telah membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot menuju ke paras resistance MagicR1 namun kembali bergerak rendah semula dan menutup harga pada paras sekitar 1.30700.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga memulakan dagangan pada paras sekitar  1.30700 iaitu sedikit tinggi dari paras Magic Pivot 1.3062 pada indicator Moshed Magic Line, dan terus membuat kenaikan melepasi paras resistance 1.3108 (MagicR1) dan meneruskan kenaikan menuju ke paras resistance 1.3145 (MagicR2) bersambung pada sesi pasaran Eropah. Dengan itu, harga telah berjaya breakout paras ketinggian 1.31200 yang diuji sejak dua minggu lalu. Kenaikan harga seterusnya dijangka bakal menuju ke paras resistance pada 1.3191 (MagicR3).

Namun, sekiranya harga berjaya membuat penurunan semula, harga boleh turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3062 dan menuju ke paras support pada 1.3025 (MagicS1). Seterusnya, jika harga menyambung lagi penurunan yang dibuat, jangkaan harga akan menguji paras 1.2978 (MagicS2) yang menjadi paras terendah semasa harga membuat terjunan selepas pengumuman kadar faedah BOC Rabu lalu. Dan sekiranya, harga masih mampu turun ke paras lebih rendah, pasaran menjangkakan harga akan menuju ke paras support 1.2942 (MagicS3) yang berhampiran dengan paras major support yang menjadi tumpuan harga sebelum ini.

Gunakan indicator Moshed Magic Line pada chart USD/CAD anda untuk membandingkan keberkesanan paras-paras yang digariskan dengan destinasi yang menjadi tumpuan harga. Kawal posisi dagangan anda sebaik mungkin untuk menjadikan hari ini sebagai penutup terbaik pada dagangan minggu ini.

 

Paras support: 1.3025, 1.2978, 1.2942.

Paras resistance: 1.3108, 1.3145, 1.3191.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat