Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 26/11/2018

166

Perkembangan ekonomi di Kanada, nilai dollar CAD merosot pada dagangan Jumaat setelah data yang dikeluarkan bercampur-campur dan secara keseluruhannya dilihat lemah. Walaupun data inflasi menunjukkan bacaan yang psotifi, namun data jualan runcit mencatat angka yang rendah berbanding ramalan. Dengan itu pada ketika data dikeluarkan, CAD mengukuh dengan data inflasi yang baik namun nilai matawang Loonie itu kembali melemah memberi reaksi kepada data jualan runcit. CAD terus ditambah lagi tekanan daripada pasaran minyak mentah yang terus merosot pada minggu lalu ekoran terkesan daripada jangkaan penurunan terhadap permintaan global. Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD untuk dagangan Jumaat lalu, harga membuat penurunan melepasi paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line dan menguji paras Magic Pivot, namun harga dilihat gagal menembusi paras tersebut sebelum menutup dagangan minggu lalu sekitar paras 1.32300.

Pada sesi pasaran Asia dagangan Isnin, harga yang memulakan dagangan sekitar paras Magic Pivot 1.3225 hari ini dilihat membuat penurunan lebih rendah dari paras tersebut sejak awal sesi bermula dan menuju ke paras support 1.3191 (MagicS1) menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga berjaya membuat penurunan dan melepasi paras support MagicS1 tersebut, harga berkemungkinan akan turun menguji paras support pada 1.3151 (MagicS2) yang berada pada zon RBS (resistance become support) pada chart USD/CAD. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan penurunan harga boleh mencecah sehingga ke paras support 1.3117 (MagicS3).

Namun, jika harga kembali mengukuh dengan USD mengambil kesempatan di atas ketidakstabilan nilai matawang Loonie, harga bakal membuat kenaikan semula melepasi paras Magic Pivot dan menuju ke paras resistance 1.3265 (MagicR1). Kenaikan harga seterusnya dilihat pula akan menguji paras 1.3299 (MagicR2) sebelum harga dijangka akan mencecah paras ketinggian yang baru sekitar 1.3339 (MagicR3) jika momentum kenaikan harga berjaya dikekalkan.

Terus pantau pasaran minyak mentah global yang memberi pengaruh yang besar terhadap pergerakan harga pada chart USD/CAD. Teliti paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk menentukan paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart USD/CAD anda.

 

Paras support: 1.3191, 1.3151, 1.3117.

Paras resistance: 1.3265, 1.3299, 1.3339.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat