Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 26/12/2018

204

Matawang komoditi dollar CAD terus didagangkan lemah ekoran kejatuhan harga minyak mentah yang berterusan dalam pasaran global. Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD dilihat terus cuba mencatatkan paras ketinggian yang baru walaupun matawang USD didagangkan berisiko dalam pasaran. Dagangan pada Isnin lalu menunjukkan harga bergerak mendatar di atas paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line sebelum membuat sedikit kenaikan lebih tinggi mengatasi paras ketinggian sebelum ini pada penghujung sesi pasaran New York sekaligus mencatatkan paras tertinggi yang baru pada chart USD/CAD untuk tahun ini.

Pada sesi pasaran Asia pagi Rabu pula, harga dilihat memulakan dagangan di sekitar paras Magic Pivot 1.3590 dan cuba membuat kenaikan lalu menguji paras resistance 1.3615 (MagicR1) yang juga merupakan paras ketinggian semasa yang dicapai pada dagangan Isnin. Jika harga berjaya mengatasi paras resistance tersebut, harga bakal mencatatkan paras ketinggian yang baru lagi menuju ke paras 1.3640 (MagicR2). Sedikit lagi kenaikan lebih tinggi bakal mencapai paras ketinggian sekitar 1.3665 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga gagal melepasi paras ketinggian yang dicapai semalam dan kembali menunjukkan penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, harga bakal menguji paras support 1.3566 (MagicS1) yang merupakan paras Magic Pivot pada dagangan Isnin. Penurunan yang lebih rendah dilihat akan ke paras support 1.3541 (MagicS2) untuk harga menguji dahulu paras tersebut dan jika harga berjaya melepasinya, jangkaan paras tumpuan harga seterusnya adalah pada support sekitar 1.3516 (MagicS3).

Pantau perkembangan pasaran minyak mentah global yang menjadi faktor utama menggerakkan nilai matawang Loonie dalam pasaran semasa dan juga pergerakan harga pada chart USD/CAD. Kawal risiko dagangan anda pada minggu terakhir untuk tahun ini dan terus menggunakan indicator Moshed Magic Line untuk mencari paras-paras yang berpotensi pada chart USD/CAD anda.

 

Paras support: 1.3566, 1.3541, 1.3516.

Paras resistance: 1.3615, 1.3640, 1.3665.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat