Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 27/11/2018

141

Sentimen pasaran yang berisiko memihak kepada matawang dollar USD untuk mengukuh berbanding dollar CAD. Walaupun pasaran minyak mentah yang merosot sebelum ini dilihat kembali pulih, namun sektor perindustrian di Kanada menunjukkan perkembangan yang membimbangkan di mana beratus pekerja telah kehilangan pekerjaan dan perkara ini telah menjurus kepada luahan rasa kecewa oleh Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang mana hal ini dikatakan turut mengejutkan pihak kerajaan. Dengan itu, jika dilihat pada pergerakan harga chart pasangan matawang USD/CAD sesi dagangan semalam, harga pada mulanya menunjukkan penurunan bermula dari paras Magic Pivot sehingga ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line. Kemudiannya, pengukuh USD telah melonjakkan semula harga melepasi paras Magic Pivot dan membuat kenaikan hampir menyentuh paras resistance MagicR1.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak di sekitar paras resistance 1.32600 dan menguji paras itu namun dilihat gagal mengekalkan momentum kenaikan. Menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah, harga dilihat membuat sedikit penurunan menuju ke paras Magic Pivot 1.3232 hari ini. Namun, jika harga gagal membuat penurunan lebih rendah, jangkaan harga akan menyambung semula kenaikan yang dilakukan sejak semalam dan menuju ke paras resistance terdekat di paras 1.3278 (MagicR1). Kemudiannya, kenaikan harga dilihat bakal menguji kembali zon ketinggian harga pada lonjakan minggu lalu sekitar paras resistance 1.3306 (MagicR2). Dan sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal mencari paras ketinggian yang baru berkemungkinan ke paras sekitar 1.3351 (MagicR3).

Namun, jika harga berjaya membuat penurunan lebih rendah sehingga melepasi paras Magic Pivot hari ini, berkemungkinan harga akan menuju ke paras support terhampir yang dilihat berada di paras 1.3204 (MagicS1). Kemudian, penurunan bersambung pula menuju ke paras 1.3159 (MagicS2) sebagai destinasi tumpuan harga seterusnya dan sedikit lagi penurunan bakal melihatkan harga menguji paras support 1.3130 (MagicS3) yang berada pada zon RBS (resistance become support) pada chart USD/CAD.

Ikuti perkembangan ekonomi di Kanada dan juga pasaran minyak mentah global yang memainkan peranan besar dalam menggerakkan harga pada chart USD/CAD terutamanya. Teliti paras support dan resistance pada chart USD/CAD dengan membandingkan pada paras harga yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.3204, 1.3159, 1.3130.

Paras resistance: 1.3278, 1.3306, 1.3351.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat