Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 27/12/2018

271

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD pada dagangan semalam dilihat agak mendatar di mana harga bergerak menguji paras ketinggian semasa di sekitar paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Harga yang gagal mencatatkan paras ketinggian yang baru mula menunjukkan sedikit penurunan di mana harga telah bergerak rendah dari paras Magic Pivot pada dagangan semalam. Pergerakan harga dijangka akan terus bergerak pada kadar yang perlahan sehingga dagangan minggu terakhir untuk tahun ini berakhir.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga dilihat bergerak perlahan dan membuat sedikit kenaikan melepasi paras Magic Pivot 1.3586 hari ini sebelum harga bergerak mendatar di paras Magic Pivot tersebut sehingga penghujung sesi dagangan Asia. Jika harga menunjukkan kenaikan ke paras lebih tinggi, resistance pada 1.3605 (MagicR1) dijangka akan diuji sebelum harga yang berjaya melepasi paras tersebut akan terus menuju ke paras sekitar 1.3638 (MagicR2) sekaligus mencatatkan ketinggian yang baru pada chart USD/CAD untuk dagangan tahun ini. Sedikit lagi kenaikan yang berjaya dikekalkan harga bakal menyentuh paras resistance pada 1.3656 (MagicR3).

Namun, jika harga membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan paras awal yang akan menjadi destinasi tumpuan adalah pada support 1.3554 (MagicS1). Penurunan harga seterusnya akan cuba melepasi pula paras support 1.3535 (MagicS2) sebelum menuju ke paras support yang berada di paras lebih rendah sekitar 1.3503 (MagicS3).

Pantau perkembangan pasaran minyak mentah global yang terus mempengaruhi pergerakan harga pada chart USD/CAD. Lihat juga paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart USD/CAD dan bandingkan dengan paras support dan resistance yang telah disediakan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.3554, 1.3535, 1.3503.

Paras resistance: 1.3605, 1.3638, 1.3656.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat