Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 27/9/2018

250

Seperti yang dibincangkan dalam analisis teknikal sebelum ini, matawang CAD masih dibayangi risiko terhadap rundingan NAFTA. Tekanan terus diberikan kepada matawang Loonie awal pagi tadi setelah USD dilihat bakal meneruskan pengukuhan ekoran kenaikan kadar faedah seperti yang telah dijangkakan pasaran. Oleh itu, pergerakan harga pada pasangan matawang USD/CAD dilihat telah membuat lonjakan semalam sehingga melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line. Harga dilihat telah menembusi (breakout) paras SBR (support become resistance) pada 1.29800.

Pada pasaran Asia ini, harga meneruskan kenaikan bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.2996 hari ini dan telah menyentuh paras resistance 1.3047 (MagicR1) di mana paras tersebut dilihat berada pada zon SBR 1.30500. Harga masih menguji paras tersebut setakat jam 2.43 petang. Jika harga breakout paras tersebut, harga dilihat akan meneruskan kenaikan ke paras resistance 1.3077 (MagicR2) di mana harga bakal membuat Higher High yang baru. Paras resistance 1.3128 (MagicR3) dilihat sebagai paras ketinggian seterusnya jika harga masih membuat kenaikan.

Sebaliknya, jika harga gagal breakout paras SBR 1.30500 yang sedang diuji, berkemungkinan harga akan kembali membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot 1.2996 dan juga paras SBR 1.29800. Penurunan harga seterusnya akan menuju ke paras support terdekat iaitu pada paras 1.2966 (MagicS1). Jika USD kembali melemah dalam pasaran dan CAD pula mengukuh, harga berpotensi untuk ditekan lebih rendah sehingga ke paras support 1.2915 (MagicS2) dan seterusnya menguji paras support 1.2885 (MagicS3) yang masih gagal ditembusi harga sebelum ini.

Pasaran masih terasa akan bahang pengumuman dasar monetari oleh FED awal pagi tadi. Pantau juga perkembangan rundingan NAFTA yang dijangka tipis bakal memberi kesan terhadap nilai matawang CAD. Lihat paras-paras penting pada chart USD/CAD dengan berpandukan indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.2966, 1.2915, 1.2885.

Paras resistance: 1.3047, 1.3077, 1.3128.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat