Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 28/1/2019

225

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD pada dagangan minggu lalu menunjukkan harga menguji paras ketinggian sekitar 1.33700 namun gagal membuat kenaikan lebih tinggi sehingga dagangan Khamis. Kemudiannya, harga telah membuat terjunan sekitar 140 pips penurunan pada dagangan Jumaat berikutan kenaikan harga minyak mentah dan pasaran saham yang kembali mengukuh. Saham global melonjak disokong oleh faktor pendapatan yang kukuh menyokong sentimen positif oleh para pelabur yang masih berdepan risiko pertumbuhan global dan juga isu perang dagang AS-China yang berlarutan. Penurunan ketara harga tersebut telah melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line sebelum mencatatkan paras terendah dua minggu dagangan sekitar paras 1.3213.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, pergerakan harga untuk permulaan dagangan minggu ini dilihat masih berlegar di sekitar paras terendah dagangan minggu lalu sehingga pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga terus menyambung penurunan pada penghujung dagangan minggu lalu, harga berkemungkinan akan turun menguji paras support pada paras 1.3163 (MagicS1) yang terakhir kali diuji adalah pada dagangan awal Disember tahun lalu. Sekiranya harga berjaya melepasi penurunan lebih rendah dari paras tersebut, jangkaan penurunan seterusnya adalah ke paras sekitar 1.3114 (MagicS2). Dan seterusnya jika nilai matawang Loonie berjaya kekalkan pengukuhannya berbanding USD, harga berpotensi mencecah penurunan sehingga ke paras 1.3015 (MagicS3) sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru untuk dagangan tiga bulan pada chart USD/CAD.

Namun, jika dollar CAD kembali didagangkan lemah semula dalam pasaran semasa, harga bakal membuat kenaikan dan melepasi paras Magic Pivot 1.3262 hari ini. Seterusnya, harga dijangka akan menuju ke paras resistance pada 1.3311 (MagicR1) yang berada pada zon SBR (support become resistance). Seterusnya, harga dijangka akan melonjak lebih tinggi mengatasi paras ketinggian pada dagangan minggu lalu menuju ke paras sekitar 1.3410 (MagicR2). Harga boleh mencapai paras ketinggian lebih tinggi dan menjadikan paras resistance pada 1.3460 (MagicR3) sebagai destinasi kenaikan harga yang seterusnya jika USD terus mendominasi pasaran dan mengukuh berbanding nilai matawang CAD.

Tumpuan pasaran adalah kepada data GDP (KDNK) di Kanada pada Khamis ini dan pantau juga perkembangan pada pasaran minyak mentah global yang memberi kesan terhadap dagangan Loonie dalam pasaran semasa. Tentukan paras support dan resistance terbaik pada chart USD/CAD anda dengan bantuan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan dalam analisis teknikal harian.

 

Paras support: 1.3163, 1.3114, 1.3015.

Paras resistance: 1.3311, 1.3410, 1.3460.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat