Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 29/1/2019

207

Matawang komoditi dolar CAD kembali didagangkan lemah pada dagangan Isnin setelah laporan terbaru kejatuhan harga minyak mentah serta kebimbangan pelabur yang semakin tinggi terhadap keadaan ekonomi di China. Rundingan antara pegawai dari kedua ekonomi gergasi China dan Amerika Syarikat itu akan diteruskan lagi pada minggu ini dan pertelingkahan yang berpanjangan akan memburukkan lagi unjuran pertumbuhan global. Harga minyak mentah jatuh selepas syarikat-syarikat Amerika Syarikat telah menambah pelantar untuk pertama kali tahun ini yang memberikan petunjuk bahawa pengeluaran minyak mentah akan terus meningkat. Harga pada chart pasangan matawang USD/CAD untuk sesi dagangan semalam merekodkan kenaikan sehingga 80 pips dari paras terendah 1.32020 melepasi paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga pada mulanya cuba menguji paras ketinggian yang dicapai pada dagangan semalam kemudiannya menunjukkan penurunan harga menuju ke paras Magic Pivot 1.3249 hari ini. Jika harga terus turun lebih rendah melepasi paras Magic Pivot tersebut, harga dilihat akan menuju ke paras support terdekat pada 1.3212 (MagicS1). Seterusnya, harga yang meneruskan penurunannya akan menguji pula zon support pada dagangan Disember lalu sekitar paras 1.3166 (MagicS2). Dan sekiranya harga masih kekal turun mencari paras terendah semasa yang baru pada chart USD/CAD, harga bakal menuju pula ke paras support 1.3129 (MagicS3) yang terakhir kali diuji sejak November lalu.

Namun, jika harga gagal turun melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga berkemungkinan akan naik menuju ke paras tumpuan harga sekitar paras 1.3295 (MagicR1). Kemudian, jangkaan kenaikan harga yang masih diteruskan lagi akan menuju pula ke paras resistance 1.3332 (MagicR2) untuk harga menguji zon minor SBR (support become resistance). Dan lonjakan lebih tinggi harga bakal menguji semula paras ketinggian yang dicapai pada dagangan minggu lalu di sekitar paras 1.3378 (MagicR3).

Tumpuan pasaran adalah kepada data GDP (KDNK) Kanada yang akan dikeluarkan pada jam 9.30 Khamis ini dan sementara itu, terus pantau perkembangan pasaran minyak mentah yang terus memberi kesan terhadap dagangan Loonie. Bandingkan paras tumpuan pada chart USD/CAD dengan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mendapatkan analisis yang lebih jelas.

 

Paras support: 1.3212, 1.3166, 1.3129.

Paras resistance: 1.3295, 1.3332, 1.3378.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat