Analisis Teknikal USD/CAD- Timeframe H1 – 30/10/2018

184

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD dilihat bergerak perlahan pada sesi pasaran Asia untuk dagangan semalam. Kemudiannya, harga mula membuat penurunan dari paras Magic Pivot pada sesi pasaran Eropah setelah matawang Loonie mula mengukuh ekoran pasaran minyak yang kembali stabil. Sehubungan dengan itu, permintaan minyak yang dijangka akan meningkat adalah berikutan China mengurangkan cukai pembelian kereta sebanyak 50%. Walaupun begitu, harga kembali membuat kenaikan semula setelah isu perang dagang yang menjadi tumpuan pasaran memberi kelebihan kepada matawang USD. Kenaikan harga telah melepasi paras Magic Pivot sehingga hampir menyentuh paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot 1.3120 bersambung ke sesi pasaran Eropah dan masih bergerak di sekitar bawah paras tersebut setakat jam 3.16 petang. Jika harga terus didagangkan menurun, paras support terdekat iaitu pada 1.3091 (MagicS1) adalah paras awal yang menjadi perhatian. Seterusnya, jika harga meneruskan lagi penurunan, jangkaan harga akan ke paras support yang berada pada paras 1.3053 (MagicS2). Momentum penurunan harga yang berjaya dikekal bakal menyaksikan harga mencecah sehingga ke paras support 1.3024 (MagicS3).

Namun, jika sebaliknya yang berlaku di mana harga kembali membuat kenaikan, pasaran akan tertumpu pada paras resistance 1.3159 (MagicR1) iaitu paras ketinggian harga pada Jumaat lalu. Harga yang berjaya mengatasi paras ketinggian tersebut akan mencari paras higher high yang baru dan dilihat akan menuju ke paras resistance 1.3188 (MagicS2). Destinasi harga seterusnya pula dijangka akan ke paras resistance 1.3226 (MagicR3) untuk harga mencari paras ketinggian yang baru mengatasi paras ketinggian yang dicapai harga pada September lalu.

Pantau pasaran minyak mentah global dan berita ekonomi yang berkaitan dalam anda mencari posisi terbaik dagangan pada chart USD/CAD. Rujuk paras-paras yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line bagi memudahkan analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.3091, 1.3053, 1.3024.

Paras resistance: 1.3159, 1.3188, 1.3226.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat