Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 30/11/2018

295

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD untuk sesi dagangan semalam menunjukkan pergerakan turun naik harga yang agak mendatar dengan julat 50 pips di antara paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam dan juga paras support 1.32600 yang diuji beberapa kali namun gagal ditembusi harga. Kedua-dua matawang dollar CAD dan USD didagangkan berisiko dengan data domestik bagi kedua-dua negara mencatatkan bacaan yang lemah.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga memulakan dagangan di sekitar paras Magic Pivot 1.3282 kemudiannya dilihat membuat sedikit kenaikan dan bergerak sedikit tinggi di atas paras Magic Pivot tersebut sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah. Jika harga terus membuat kenaikan, dilihat paras resistance terhampir pada 1.3312 (MagicR1) bakal dituju harga. Kenaikan harga ke paras lebih tinggi berkemungkinan menguji zon ketinggian terbaru pada chart USD/CAD di paras resistance 1.3342 (MagicR2). Harga yang berjaya melonjak dan mengatasi paras ketinggian tersebut bakal mencatatkan paras ketinggian yang baru dan berkemungkinan mencapai lonjakan sehingga ke paras sekitar 1.3371 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga bergerak turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3282 hari ini, jangkaan harga akan turun menguji paras yang diuji harga semalam di sekitar paras support 1.3252 (MagicS1). Harga yang berjaya meneruskan penurunan ke paras lebih rendah kemudiannya dilihat akan menuju pula ke paras support 1.3223 (MagicS2) sebelum harga turun menguji pula paras support semasa pada chart USD/CAD di sekitar paras 1.3193 (MagicS3) jika momentum penurunan harga masih berjaya dikekalkan.

Berwaspada pada dagangan penghujung minggu dan beri tumpuan pula pada data-data ekonomi pada minggu seterusnya untuk anda lebih bersedia sebelum memasuki pasaran. Lihat paras-paras yang berpotensi pada chart USD/CAD dengan bantuan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan.

 

Paras support: 1.3252, 1.3223, 1.3193.

Paras resistance: 1.3312, 1.3342, 1.3371.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat