Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 31/10/2018

196

Untuk perkembangan matawang Loonie, Gabenor Bank of Canada Poloz mengatakan bahawa ekonomi Kanada berada pada tahap yang kukuh dan kadar inflasi bergerak ke arah sasaran bank pusat. Namun, begitu jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD, harga gagal ditekan ke paras lebih rendah ekoran matawang USD lebih mendapat permintaan dalam keadaan pasaran yang berisiko. Harga bergerak di sekitar paras Magic Pivot semalam dan cuba untuk membuat kenaikan menuju ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line namun dollar CAD berjaya menekan semula harga ke paras lebih rendah dari paras Magic Pivot pada penghujung sesi pasaran New York.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, corak pergerakan harga tidak banyak berbeza daripada sesi dagangan semalam di mana harga cuba untuk membuat kenaikan seawal sesi bermula dan telah melepasi paras Magic Pivot 1.3120 hari ini menuju ke paras resistance 1.3139 (MagicR1) namun harga dilihat kembali turun menguji paras Magic Pivot semula. Jika matawang CAD gagal mengatasi pengukuhan USD, harga bakal meneruskan kenaikan menuju ke paras resistance 1.3167 (MagicR2) untuk harga mengatasi paras ketinggian yang dicapai pada Jumaat lalu. Destinasi harga seterusnya jika harga meneruskan lagi pendakian dilihat berpotensi untuk mencapai ketinggian sehingga ke paras 1.3186 (MagicR3).

Namun, jika matawang CAD berjaya mengukuh kembali berbanding USD, jangkaan harga akan membuat penurunan melepasi paras support terdekat iaitu pada 1.3093 (MagicS1). Penurunan harga seterusnya dilihat akan menuju ke paras tumpuan harga iaitu pada support 1.3074 (MagicS2) dan jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras 1.3046 (MagicS3).

Beri tumpuan juga terhadap perkembangan pasaran minyak mentah di mana terdapat spekulasi bahawa OPEC akan mengurangkan pengeluaran minyak selepas pilihan raya Amerika Syarikat sekaligus akan turut mempengaruhi perubahan nilai matawang CAD dan juga pergerakan harga pada chart USD/CAD ini. Tentukan paras support dan resistance terbaik pada chart USD/CAD anda dengan berpandukan paras yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.3093, 1.3074, 1.3046.

Paras resistance: 1.3139, 1.3167, 1.3186.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat